SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label 20102010. Show all posts
Showing posts with label 20102010. Show all posts

03 March 2011

Pelaminan Untuk Resepsi Siang





Since masa tunang, saya tempah mini pelamin pada butik ni so terus saya dah janji untuk pelamin masa kahwin juga. Bukan saya yang janji tapi mak saya. So benda ni macam complicated sket. Segala idea dan impian saya tidak terhasil dalam pelamin ini. Cuma jadi lebih kurang sahaja dengan impian saya.

Siapa yang pernah baca blog saya, mesti tahu saya ada lagi satu pelamin di dalam rumah. Kenapa ada dua??

Pertama sekali saya dan mak inginkan pelamin akad nikah sejurus selepas ayah usaha keras untuk memastikan impian saya untuk melansungkan acara akad nikah di rumah tercapai. Kedua, saya inginkan photobooth di dalam rumah saya pada hari resepsi berlansung. Ketiga, saya juga ada impian untuk menghasilkan pelamin yang berkaca-kaca..walau tak banyak tetapi at least ada di pelamin saya.

Seterusnya ke empat, saya dapat rasakan seperti impian saya untuk pelamin di luar seolah-olah takkan berhasil. Hati kecil saya sudah merasakan hal ini dari awal. Maknanya KEMUNGKINAN BESAR tuan pelamin tu akan buat seperti mana yang dia nak dan bukan seperti yang saya inginkan.

So saya cepat-cepat berbincang secara teliti dan dari hati ke hati dengan Paksu (pemilik Syam Sya'is-yang saya amanahkan untuk buat mini pelamin akad nikah) apa yang saya perlu lakukan agar saya TIDAK TERLALU KECEWA. Maksud saya disini, saya dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan diri Tuan pelamin di luar....Saya rasa dia akan hasilkan pelamin bukan dengan idea dan hasil impian saya selama ini.

So saya buat keputusan begini selepas berbincnag dengan Paksu sebab dia memang memahami kehendak saya dan keinginan saya. Keputusannya adalah, biarkan saja Tuan Pelamin di luar hasilkan pelamin seperti mana yang dia nak DAN BUKAN SEPERTI yang saya nak. Sebab saya perlu menjaga nama baik ibu saya. Sebab ibu saya yang deal dengan Tuan itu.

So dari mini pelamin, photobooth dan pelamin yang ada unsur kaca maka terhasillah pelamin ini. Gambar di bawah adalah semasa acara akad nikah. Guna kain belakang warna biru sebab ikut tema yang saya inginkan.
Kiranya tutup dahulu gambar kami berdua yang dijadikan background untuk dijadikan photobooth pada resepsi siang dan untuk kegunaan acara resepsi sebelah malam. Bila buka je kain biru itu, bunga melur, buang bunga pahar biru dan bunga hidup yang saya spray juga warna biru digantikan dengan bunga fresh warna putih maka terhasil lah pelamin di bawah untuk digunakan pada 231010(our reception day and night)


Keputusannya adalah, pelamin luar memang lahir TIDAK mengikut idea dan keinginan yang saya sudah bagitahu sedari awal lagi. Dari segi bunga, kerusi dan lain-lain tidak mengikut apa yang saya nak. =(

Pelamin dalam rumah dan mini pelamin saya tetiba bertukar MENJADI TIDAK MINI sebab besar, hehehe adalah sangat menggembirakan hati saya sebab impian saya tertunai juga.

Walau segalanya tidak sesempurna yang kita inginkan tapi kita harus senyum riang

01 March 2011

Bunga tangan Akad Nikah



Bunga tangan untuk acara ini saya tempah dari G.G GRASS FLORIST, bersebelahan restoran Zefee di Jalan Pegawai.

I love Lily... Oleh kerana banyak sangat bunga atau design bunga tangan yang saya suka. So saya decide agar setiap acara kalo boleh saya nak guna bunga yang berbeza mengikut setiap acara.

Aishh!... jiwa kacau..pendirian nak decide bunga tangan macam mana pun buat saya bengong =(

Vail for solemnization









I love the way its flow (vail)

Saya terpaksa resize semua gambar kepada dua kali ganda lebih kecil...Saya pelik kenapa..selalu sekali ganda dah sudah boleh upload...

Terus gambar pun kabur semacam. Nevermine, janji flow tu nampak. hehe

06 December 2010

vail dan tudung akad nikah


Gambar vail dan tudung dengan jelas. My Own camera. Love pearl swarovski so much. Timbul-timbul macam ni. Saya tak suka labuci. =)

Vail patch dengan lace then atas tu baru letak beads.

Design by Awin Seindahwajah.

Gambar ni masa menunggu masa untuk turun ke upacara akad nikah

26 November 2010

Sekitar Acara Akad Nikah

Pukul 10.30 saya sudah di make up kan.

Pukul 12.30 Pihak lelaki sudah tiba. Rombongan makan dahulu sebelum acara bermula.

Selepas itu tetamu masuk ke dalam rumah.

Saya di bawa turun oleh Kakak Ipar dan Kakak Saya.
Terus saya jumpa bakal ibu mertua dan bersalaman dengan sedara mara dari pihak lelaki.
Gadis yang mengapitkan saya ini adalah Anak buah saya(yg besar=p) dan cousin (yg kecik)
Selepas itu ibu datang mencium saya
Sedih okey!! Masa ni rasa syahdu. Rakan-rakan blogger yang dah kahwin pasti faham apa rasanya ketikan ini =). Kemudian, ayah saya masuk ke rumah terus menuju mencari saya. Aduh, lagi sedih time ni. Saya kan anak ayah..Perasaan bercampur. Saya sedih sebab saya masih ada ayah untuk di peluk tetapi suami saya tiada ayah untuk di peluk. Lagi saya sedih sebab selepas saya berpeluk cium dengan ayah saya, saya nampak air mata suami saya terus mengalir laju keluar. Masa tu saya terus berdoa moga dia tabah sebab dia akan melalui acara akad nikah sebentar lagi.

Lihatlah reaksi saya SEBELUM di PELUK OLEH AYAH(dah mula sebak)



Usah pelik melihat gambar di bawah, gadis pengiring ikut sama menangis. =(. Dia sedih sebab mak sedara kesayangan konon kahwin nak tinggal dia. hehe. tapi saya bertambah sedih sebab saat ni bukan dia saja yang menangis, boleh dikatakan kebanyakkan famili saya ikut menangis.
Pukul 2 selepas Tuan kadi tiba dan sudah selesai menjamu selera.
Pengacara majlis memulakan acara.Berdebarkah bakal suami saya ketika ini??
Acara dimulakan dengan acara menjemput IMAM BESAR MASJID ZAHIR untuk mempedengarkan Ayat-ayat suci Al-Quran. Nama beliau Sheikh Roslan Halim. Dia cakap surah ini selalu dibacakan sebagai doa pada kenduri kahwin di negara-negara Arab.
Seterusnya acara ayah saya mewakilkan wali kepada Kadi Besar Daerah Kota Star.

Acara akad nikah diteruskan. Ada soalan "tahukah gantung tidak bertali itu apa"? Inilah soalan Tuan kadi kepada bakal suami saya.Kenapa saya tidak berada di atas pelamin ketika ini? Kerana tidak baik untuk pengantin perempuan berada di pelamin atau tempat lebih tinggi dari Imam atau Tuan Kadi yang akan menikahkan kita =). Ini nasihat mak, ayah dan juga orang tua-tua.

Bila sesudah akad nikah saya siap senyum ke telinga. Sampai anak buah kata "first time tengok anak dara senyum sampai telinga lepas akad nikah... anak dara selalunya nangis". hahaha. lawak
Hantaran yang saya dapat pada hari akad nikah adalah mas kahwin, cincin dan wang hantaran.

Hantaran yang diberi pada suami adalah cincin dan mini sirih junjung.

Sumber gambar: dslr adik

Kisah kahwin akan disambung pada bulan Januari 2011.

22 November 2010

Pelamin 191010 & 201010

Hai sume. rindunya korang. Setelah beberapa hari menyepi. I'm back.! tapi banyaknya belom settle. Kerja akan dilakukan satu persatu dan entry kat blog ni juga satu persatu. Wah, macam ada je orang yang dok nantikan entry dari saya. =). Layankan je untuk simpanan peribadi dan masa depan.


credit to syam syai's. Saya hanya bagitahu kepada WP ni (Paksu) apa yang saya inginkan dan idamkan selebihnya saya serahkan kepada beliau untuk hasilkan pelamin terbaru asalkan keinginan saya juga diserap masuk menjadi pelamin yang diinginkan.


Tetiba cousin saya telibat dengan gambar di atas(pinjam muka ye). Ceritanya, pelamin ini saya guna untuk 3 acara dan setiap acara sumenya diubah (dikurangkan dan ditambah props)sedikit beberapa dekorasi. Sila perhatikan fresh flower kiri kanan pelamin.. Saya cari sampai jumpa kedai yang boleh warnakan menjadi warna idaman saya. Hasilnya biru itu sungguh menenangkan hati saya. Juraian bunga melor juga diletakkan di atas pelamin. Sungguh wangi. Ini idea emak saya. Dari abang, kakak dan saya bunga melor itu wajib digunakan. Bunga melor ni tahan dari malam hingga malam besoknya dengan syarat jangan benarkan setitik air terkena pada bunga melor.Pasangkan aircond, biarkan bunga itu berada dalam keadaan sejuk.

Untuk acara berinai dan akad nikah saya guna round kusyen yang saya tempah sendiri. Cantik tak? hehe. Saya tempah sebab saya inginkan semasa acara akad nikah saya berada di atas kusyen yang bulat ini dan sesuai dengan size b**tu% saya ketika duduk bersimpuh. Seperti gambar di bawah

Comel tak saya bila ada atas kusyen ni? =). Maafkan saya sebab nak perasan jap. Bantal ni isinya adalah kekabu. Sedap gilaa, bila bersimpuh atas ni.




Acara berinai untuk keluarga rapat saya tidak bertudung. Sehingga sekarang masih tidak dapat approval untuk meletakkan gambar disini dari HUBBY. Sades!
Picture ni sume hasil kamera DSLR adik saya.

Iklan sebentar:
Sesiapa nak sewa bantal ni
Deposit RM 50
Sewa RM 35
(akan disertakan bantal kecil dan comel sesuai untuk hiasan bilik pengantin)
terbuka kepada sesiapa dari Kedah & Perlis


Untuk acara ketiga iaitu photobooth dan resepsi malam apa yang saya lakukan pada pelamin ni?? Nantikan next entry.....

To be continued...

03 November 2010

Bath robe for my Wedding

Bath Robe: China Silk, My sis beli di China

Guna untuk 191010 malam berinai, 201010 khatam dan akad nikah then 311010 resepsi untuk pihak lelaki


Impian terlaksana. Memang dah tercatat lama dalam diary, nak make up guna bath robe then nak letak wording bride kat blakang. Sila abaikan latar belakang gambar ni yang tidak memberansangkan.hehe
Bath robe: La Senza
Wording: Kedai lekat diamond di Tesco Mergong


26 October 2010

20102010 teaser part I (bukan OP)



sumber: camera sha

25 October 2010

cerita lawak 20102010

Selingan okay, sementara masih ingat. Saya kan akad nikah di umah. So bila dok menunggu kadi datang, turun je saya peluk mak mertua sebab dia ada dekat dengan saya. Then saya peluk mak saya. Lepas tu ayah pulak masuk cari saya untuk peluk dan cium. Sedih okay!!. Saya bajet tak mau nangis, habis bila ayah yang datang cari saya depan sume orang untuk peluk, apa lagi!! nangis.! Tapi cerita ni tak lawak....

Yang lawaknya, bila tengah menunggu tok kadi, pengumuman dibuat bahawa tok kadi masuk. Saya dah ke pejabat agama dan berjumpa dok kadi. Ayah dah kenalkan kami. Masa di pejabat agama dulu memang ada sorang staf layan kami untuk isi borang sume.
Tapi tak sangka hari kad nikah dia datang. Hensem gilaaa dan muka penuh cahaya keimanan.
Masa tu dia pun masuk dengan kadi, apa lagiii saya dan anak sedara saya yang dok sebelah lawan tolak menolak sebab syok gila tengok mamat hensem gila tu datang. Lepas tu anak sedara saya yang sedang menggedik dengan saya tetiba je ingatkan " weh Teh, nak kahwin dah berapa saat lagi pun dok gedik" hahahahaha....Saya dok tersimpul malu!!

Hubbby, maafkan yayang yer =p

kelakarama.....sampai jumpa lagi.xoxo

24 October 2010

20102010 event


Sory, gambar memang tak sempat nak ambil dengan kamera sendiri, gambar ini sekadar beberapa keping yang sempat snap guna hp. Harap cepat dpt soft copy dari OP dan orang lain nanti.

Baju warna biru tu untuk acara khatam quran pada pagi 20102010 pada pukul 10pagi.

Baju ni sebab jatuh hati dengan bead pearl yang memang sudah ada pada lace tu. Beli di Jakel dan tudung tempah dari Kak Awin. Saya memang minat dengan tudung-tudung dari dia yang juga owner Najjah.

Make up untuk acara khatam oleh kerana bendera merah so nak make up sendiri....tapi my sis yang make up. Thanks kak. Sayang awak!

Then pukul 12.ootgh saya sudah get ready untuk make up dan siap2 untuk upacara akad nikah.

Baju adalah pemberian dari hubby(uh, dah kawin rupanya aku??!!!) sememangnya bead dah sudah sedia ada di kain. Siap dibayar upah tailoring (sebab kamu yang nak kahwin dengan saya =p, so bayar la..)

Vail dan juga tudung semestinya dari Kak awin. Tima kasih akak sebab sediakan vail dan tudung ikut permintaan saya. SUkaaaaaaaaa Bangattt.

Vail itu memang saya jatuh hati. Tapi gambar pula lamaa lagi nak upload. =)

Kasut akad nikah pula saya beli online. Thanks hazel for great PA. Cantik sangat. Jatuh hati gilaa.. Sape2 yang dok kedah @ perlis nak sewa bagitau la. Size 7. Saya hanya pakai sekali je dan dalam rumah. Tak kuar pun dan saya tak pilih untuk outdoor photoshoot pun untuk upacara akad nikah.
Make up pula untuk acara akad nikah dari Syam Syais. Suka sangat. Amy, ur touching best gila. Bayangkan a night before dia make up untuk acara berinai songket dan gaun, muka saya lain-lain. Tak sama untuk setiap baju. Superb! Tapi tak dapat nak post sebab saya tak bertudung malam tu. Hubby tak kasi post. Sob sob sob.

Erkk sleepy. Jom tido, saya di umah mertua ni. =p

to be continued....

21 October 2010

mrs akmal @ 20102010

Siapa yang jadi mrs akmal?? Saya la tu.hikhik..malu pulak, nnt isi borang sume kena tick "sudah berkahwin". Saya sudah upload beberapa kepinng gambar d fb...kat sini tak bole sbb saya guna hp, saya masuk ofis tadi pun sekejap saja sbb nak bagikan kerja kt staff. Tak sempat nak online. Alhamdulillah dengan segala yang dirancang 20102010 saya sudah begelar isteri kepada bekas tunang saya (sekarang kan dah jd suami) hikhik...dengan 2x lafaz.sebab apa?? Ada plak lepas kadi cakap dia boleh cakap "jom mula lain" kat tok kadi.adoi, ketawa la satu umah.yess, due to saat2 akhir saya perlu akad nikah d umah, sebab kadi dari pejabat agama nak datang umah since kampung kami takde imam dan tepaksa akad nikah d masjid kampung lain. Tapi saya takmau ke masjid kampung lain.so ayah saya yang menguruskan semua untuk dilakukan d umah. Walaupun pada awalnya kedah mmg ada syarat TAK BOLEH NIKAH D UMAH.syukur alhamdulillah akhirnya boleh dilakukan di umah.terima kasih ayah sebab merialisasikan impian saya. Syukur juga kepada hadrat Illahi juga.
Terima kasih kepada Mohd Akmal kerana sudi menjadi suami saya.Teruslah menyintai saya dan menyayangi saya dengan tanpa rasa jemu.