SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

22 September 2010

Kebenaran berkahwin untuk Negeri Kedah

Salam semua. Hari ini entry untuk mendapatkan kebenaran berkahwin....Step pertama adalah pasangan kita yang lelaki haruslah mendapatkan kebenaran berkahwin terlebih dalulu. Contohnya saya, MR.A dari Perlis so dia perlu mendapatkan kebenaran berkahwin (Perlis tempoh 3bulan sebelum dari tarikh akad nikah sudah boleh dapatkan kebenaran). Tetapi dengan kesibukan MR.A, dia pergi ke Pejabat agama Perlis pada 16/09/10 dan siap pada 20/09/10 sebab ambil masa 3hari waktu bekerja. Tiada borang jawi digunakan disini. Harga adalah RM5.00

Step Kedua
, pada 20/09/10(tempoh di kedah haruslah sebulan sebelum dari tarikh akad, tak boleh nak daftar awal dari itu), kami berdua dan bersama ayah saya yang tersayang ke Pejabat Agama Negeri Kedah. Terletak bersebelahan dengan Bank OCBC (jalan nak ke Pekan Rabu kalau datang dari arah masjid zahir sudah nampak bank ni disebelah kiri so masuk je jalan tu then terus ke pagar pejabat agama. Gambar di bawah adalah Pejabat Agama Negeri Kedah.
Masuk di kaunter minta borang daftar nikah untuk perempuan. Di kedah ada satu borang biasa dan dua borang hurus JAWI yang harus dilengkapkan.
Anda harus membawa:
1-set kebenaran berkahwin pasangan dan salinan ic pasangan anda, borang HIV, salinan dan copy sebenar sijil kursus.
2-salinan ic anda,borang HIV, sijil kursus yang sebenar dan salinan
3-salinan ic wali anda
4-anda mesti tahu nama, ic, alamat dua org saksi anda dan num tel mereka (kalo nak senang minta saja salinan ic dia)
sememangnya borang ini boleh dibawa balik untuk diisi tapi oleh kerana ayah saya yang bawa kami (masa kakak saya dulu pun semua hal borang kahwin ayah yang uruskan dan diisi oleh saya, nak juga nama tu. ngeee) so settle sume di sana.

PERHATIAN: semua copy dan salinan yang saya cakap harus dibawa ke Pejabat Agama.

Step ketiga, isi borang angkat sumpah ..Yess... Jawi juga.tiada perkataan rumi dibawahnya. 100% hanya jawi.

Tempoh 3hari waktu bekerja juga untuk dapat kebenaran, tetapi saya tidak pasti kenapa saya dapat hari itu juga. YAHUUUUUUUUUUU.. Oh Mak!..oh Ayah! saya boleh kahwin!!..lalalala. Ok stop gedix kamu itu.

Harga RM44. Apa??? tidak adil...Kenapa saya mahal sedangkan MR.A bayar rm5 je di Perlis. Tapi anda sume jangan panik. Selepas saya membulatkan mata terkejut pada kakak di kaunter tu, terus dia bagi penjelasan dengan nada lembut "adik, RM4 Daftar kebenaran berkahwin, RM40 tu kakak nak tolong isi siap2 untuk adik dapat kad pengenalan kahwin"....Oh terima kasih kakak...maknanya selepas akad nikah saya boleh terus submit je borang yang dia dah isi dan dibayar itu.

Saya tidak pasti harga untuk orang negeri lain yang menetap di KEDAH. mungkin harga berbeza atau sama.


Di bawah ni gambar kebenaran berkahwin untuk saya tetapi saya telah gelapkan sedikit tapi jadi banyak pulak gelapnya.
So kepada sesiapa yang tak berapa clear dengan entry ni, email saya k. Ok! jumpa d next entry. DAAAA

18 comments:

S!eZaN said...

Salam.
hye awak..saya nk tumpang tanye..surat kebenaran kahwin kat kedah valid 1 bln je kan.kalau sy hantar 10 hari sebelum majlis akad nikah boleh ker?
sempat ke?

Darling Aween said...

hai...

yup sbulan..
10hari sebelum kawin?? mm..sempat... sebab dia hanya perlukan 3hari waktu bekerja untuk disahkan.

dan kalo nasib u baik, hari yang sama juga u submit borang terus dah dpt pengesahan =)

S!eZaN said...

ye ker..thanks ye Aweennye..
info yg Aweennye bagi sgt membantu sy..

Darling Aween said...

Most welcome

Anonymous said...

aween
nk tnya
if pasangan sy org kedah dan sy org perlis
pasangan sy kna buat kebenaran kahwin di kedah n bru bg kat sy kebenaran kahwin tu?
bru saya boleh hantar ke perlis?
mcm tu ke?

Darling Aween said...

anony: pasangan yang lelaki harus settle sume, then bawa HIV yg ori dan pengesahan yg lelaki sume tu ke tempat perempuan...

so settle sebelah lelaki dulu.

harap ia dpt membantu ye

Anonymous said...

hai aween,hope u bole tlg i yang masih konpius bab2 mengisi borang ni.less than a month i nk nikah.

yg borang hurup2 jawi tu kan.kite kene isi semua bahagian eh? lelaki pon kene sign siap2 ke?

i takut kalau sign siap2,kang silap plak.kalau tak sign,kang kene naik KL plak satu hal semata nk amek signature laki2.hope you could help me.thankss!!!!

fiza

Darling Aween said...

hai fiza..

pihak lelaki kena register first kat tempat dia..
then bawa form yg sudah DISAHKAN yg side lelaki ke pejabat agama side perempuan..

yup..form jawi sume kena isi..form rumi dan jawi kena isi semua..

good luck

ros said...

hai.

nak tanye tentang info HIV la...test HIV di negeri kedah esp alor setar, ada ari apa je yerk?

regards
atie

Darling Aween said...

atie...

kalo nak selamat better ahad-rabu....waktu awn x pasti..tapi klinik kesihatan mergong(jalan putra) dekat dengan tesco.... pukul 2.30ptg ke atas baru boleh buat HIV test =)

ros said...

owh...terima kasih aween...info yg amat diperlukan dan berguna... :)

Darling Aween said...

most welcome dear

Anonymous said...

Assalamualaikum..
na tnye.. kalau borang jawi tu tulis jawi ke tulis rumih eh?

tq:)

Insan Biasa said...

step kedua xpham la awak...saya bru g ambik borang.. kursus kahwin smua dah ada.. isi smua..klo anta smua 2 kne tggu sebulan ka ?

Unknown said...

sy nk tnya yang borng jawi tu, kta kna isi jawi jgk ke @ isi rumi ja...

Anonymous said...

nak tnye aween..
masa kte nk ambk borang pjabat agama tu kte kn bw apa lgi erk?
yg semua salinan tu ke??
or bila kte nk hantar nnti br bw salinan semua tu???
mmg 3 ari je dh blh siap smua erk??

skpg said...
This comment has been removed by the author.
bungasakura said...

salam..nk tnya msa hantar borang di pjbat agama kedah kena interview apa2 x