SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Marriage Life. Show all posts
Showing posts with label Marriage Life. Show all posts

25 January 2012

Kata Manja atau menusuk Kalbu?

Salam semua, lama tak update kat blog kan? macam-macam nak update tapi bila buka je tiada pula rasa nak menaip sebabnya otak tepu dengan hal-hal kerja dan lain-lain.

Disini saya nak mohon maaf kepada beberapa kenalan tentang penyewaan bantal nikah pada bulan 11 atau 12 lepas. Silap saya tidak rekod dengan teliti sampai ada hari yang berturut-turut dan terpaksa saya tunggu selepas habis acara angkat nikah dan ambil bantal untuk hantar kepada bakal pengantin yg lain..Saya sangat-sangat minta maaf tentang hal ini. Harap kejadian seumpama ini tidak akan berlaku lagi ye. So kepada kenalan itu, maafkan saya ye =)

Tentang tajuk di atas..nak kongsi sedikit..

Kalau suami korang keluar lepak then nak bagitau suruh balik rumah apa cara korang nak bagitau dia? Jom ikut kata-kata saya dua malam lepas.hihi. Saya SMS dia..



"tempat yang terbaik untuk suami ketika ini adalah disisi isteri kerana isteri adalah sebaik-baik kejadian.Time's up"


Selalu dia akan balas "kejap lagi" tapi bila dapat SMS macam ni terus dia balas, "okey,otw". Yezza berjaya!

12 November 2011

111111


Ada apa dengan tarikh tersebut untuk saya? my hubby was admitted yesterday. Kesian. Lagi kesian sebab terpaksa tinggal dia sorang-sorang sedangkan saya kerja dan update blog. Blush! hihi

Simpton:
Kahak berdarah
Sakit kepala
Resdung

Follow up untuk kes lain juga sebenarnya. Harini bahagian doktor pakar KMC cuti, so continue pakar lain (semalam E.N.T) esok. Agar semuanya dipermudahkan.AMIN

01 December 2010

1 Month 11days

Kehidupan selepas kahwin saya macam mana? Selepas akad nikah je, kiranya MALAM PERTAMA, hubby deman+cirit birit+muntah dengan teruknya. Doktor memang nak hubby warded je. Tapi kami merayu dengan syarat kalo cirit berterusan harus jumpa doktor lagi. Sebab apa saya merayu?? sebabnya 3 hari kemudian adalah resepsi di rumah saya.

Selepas itu dia bertahan dan akhirnya sembuh. Sampai a week after giliran resepsi kat rumah hubby pula. Petang itu hujan sungguh lebat sampai esoknya tak henti-henti hingga banjir besar di Kangar dan merebak ke rumah saya di Alor Star. Sehingga perniagaan saya terganggu. Rumah hubby lansung tidak terlibat dengan banjir.

Bayangkan belakang rumah saya dah macam tasik


Belum pun air surut sepenuhnya, giliran saya dan hubby pergi honeymoon. Bayangkan 10hari selepas resepsi umah hubby, air dikampung saya masih tidak surut sepenuhnya.

Bila lihat kesan-kesan banjir yang terpaksa saya hadapi, membuatkan tiada mood nak mulakan kerja. Kerja memang buat cumanya tak masuk officialy dalam ofis. Basuh banyak kali masih busuk. Akhirnya Sejak 3 hari lepas, segalanya hal kerja saya sudah kembali seperti biasa. Ofis sudah beroperasi seperti biasa dan sudah wangi. Alhamdulillah di atas segala Ujian ini kerana ada hikmah disebalik itu.

Saya sibuk menyesuaikan diri dengan suami yang sungguh pembersih dan pengemas ini. Soal masak? dia tak kisah sangat. Dulu memang dia nak saya masak selalu untuk dia tapi kami bernasib baik sebab kami gilir-gilir. Sekejap umah saya, sekejap umah hubby. So bangun tido je makanan selalu sudah terhidang. Tapi pasti ada dua jenis lauk mak mertua tinggal untuk saya masak sendiri. Bukan bangun lewat tapi saya memang suka makan pukul 9 lebih atau 10 tu lauk tengahari siap-siap. So takdelah nak makan tengahari.

Cabaran adalah mak mertua adalah TUKANG MASAK. Potong sayur pun ada cara tau. Tapi mujur dengan saya, mak mertua sempoi je. Cuma pada mulanya tapi biasalah mak saya pun macam tu juga. Nanti bulan Januari takdelah lauk akan terhidang lagi. Kena la masak sendiri sumenya. Yahuu!

Kalo kat umah saya sendiri, so far untuk lauk tengahari saya sempat masa 2 kali je untuk suami. Selebihnya sudah tersedia siap untuk dimakan.

Sebelum kahwin dah selalu masak bagi hubby makan sebab dia selalu datang umah. Paling dia suka Bihun Goreng(hantu gila), ayam masak kicap, Kari Kepala Ikan atau kari Ikan dan kari Daging. Air Indo Cafe Ais. Citarasa kami sama cuma saya tak suka Bihun(Mee Hoon), saya suka Mee Goreng.

Semoga 1Month and 11days ini bertambah jumlah hari dengan penuh kebahagian. Mendapat keberkatan dan keredhaan.AMIN



Berat badan kami? yezza mengembang kerana menyimpan lemak =)