SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Sekadar Renungan. Show all posts
Showing posts with label Sekadar Renungan. Show all posts

01 October 2011

Lantern dan rompak

Hai semua...akhir-akhir ni banyak dapat email, tanya pasal lantern. Maaf sume sebab lantern telah dijual dan ada dalam 5 keping sahaja sahaja yang saya guna untuk hias butik =)

Last week saya dirompak, cermin kereta di pecah. Memang menakutkan sebab masa tu saya keluar sume perempuan. Habis netbook dan duit cousin dibedal. Saya hanya kehilangan cermin kereta. Wuarghh kejam, melayang duit saya sebab beli cermin baru dan tinted.

Saat-saat macam ni la dugaan bertimpa-timpa. Memang sekarang Kedah juga sudah bahaya. Nak cerita detail PM saya, takut saya nak cerita kat sini.

Kawan-kawan kat sini, just nak inform, butik saya yang diusahakan bersama, suami dan cousin akan tutup sementara bulan 10.2011 dan akan beroperasi di tempat baru pada November 2011 nanti.

Check follower hampir 100 ni..

Ada yang istimewa untuk yang ke 100 ni?

Saja suka-suka =)

Have a nice day

jom gelak tergolek-golek bila tengok link ini



19 December 2009

Renungi dan fahami

KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

KENAPA RASA KECEWA?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
-Surah Ali-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Ali-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
“…..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12