SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label JEMPUTAN KAHWIN. Show all posts
Showing posts with label JEMPUTAN KAHWIN. Show all posts

23 October 2010

PENGUMUMAN

entry ini adalah sticky post


Dah lama rasa nak letak save the date ini. Bila dibincangkan dengan bonda dan MR.A tetapi keputusannya hampa. Maknanya hari ini baru boleh letak itupun setelah mendapat kebenaran.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Disini ...dengan rasa rendah diri dan penuh harapan saya ingin menjemput anda semua yang membaca entry ini hadir untuk meraikan cinta saya dengan MR.A di rumah saya bertempat di ALOR STAR, KEDAH.

Saya mengalu-alukan kedatangan semua, tidak kira dari mana kalian datang.

Sila hantar:

Nama & Alamat:
Jika ada blog:sila sertakan ye
Num tel: kalo tak kisah la..sebab kalo ada masa nanti, leh saya sms ingatkan kalian

So, sudi-sudikanlah ye hantar ke:

aween_nodin@yahoo.com atau tinggalkan di ruangan comment pun boleh.

PESANAN: besar harapan saya untuk berjumpa dengan kalian yang berada berdekatan dengan saya mahupun jauh dari saya =)


03 October 2010

Kad Kahwin

Comel tak? hikhik. Ini la kad kawen saya yang palingggg saya sukaaaaaaa.. Saya ada 3 jenis kad berbeza. Tapi ini yang saya customize dibantu oleh kawan adik saya. Tq yayang Paan.

Kad ini khusus untuk kawan, sedara mara, orang kampung dan penduduk setempat.

Saya dah pos last week kepada kawan-kawan dan sedara mara yang sudah memberi alamat.

Nak citer la sket pasal pos. Saya macam keliru bila baca blog, ada yang cakap kalo sampul surat ada printing nama sume diluar kena letak setem mahal around 80sen dari harga yang guna sampul putih biasa.

FYI, ada satu kad(bukan kad di atas) itu bukan customade tapi bila saya tempah untuk 100orang saya lupa nak tanya lebih, tetiba hari ambil saya tengok di luar sampul ada tulis. Saya memang tak suka sampul yang ada tulis. Tapi bila fikir 100keping je so biarkan je la.Lagipun harga memang dah termasuk dengan keping kad.

So nak kepastian saya pergi 4 pejabat pos. Pos besar Alor Star, Pos Kampung Berjaya, Pos Tesco dan Pos Alor Janggus. Rajin kan saya?? uhuk uhuk puji diri sendiri. Saya kan keja as runner dan mat dispatch =p.

Jawapannya adalah sama iaitu:

Tak kisah sampul ada wording di luar ke apa sebab setem ikut berat.




Dulu harga setem ikut jauh atau dekat. Kalo jauh setem mahal sedikit. Tapi sekarang bukan macam tu.

Kad saya yang dua jenis samada yang di atas atau yang sampul ada wording bagai di luar tu tetap 60sen sebab berat dia masih dalam linkungan itu.

Kalo tebal lagi dan berat lagi akan jadi 80sen ke atas.

So kalo nak beli setem tips yang best, bawa kad kalian termasuk dengan sampul dan suruh pegawai di kaunter tu timbang dahulu untuk mengetahui harga setem yang sepatutnya kalian guna. =)

Lagi satu kepada silent reader dan rakan blogger yang saya dah pos, harap maklum kembali kepada saya jika kalian masih tidak terima. Riso juga sebab last week saya agak kelam kabut dengan kerja.

Sampai jumpa lagi..japgi saya dah nak balik Alor Setar. So esok bermula kesibukkan saya. kerjaann