SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Have Fun. Show all posts
Showing posts with label Have Fun. Show all posts

04 December 2011

BerOmbak Rindu



Semalam 3/12/2011 saya dan suami bawa mak masing-masing pergi tengok filem OMBAK RINDU. Sebelum nak pegi tengok banyaknya feedback. Ada yang kata ketawa je, ada yang kata sedih dan adik saya cakap pasal DUBBING teruk.

Apa pun pendapat saya secara personally untuk 45minit pertama air mata saya tak keluar lansung. Biasa saja tetapi cerita masih seronok. Masuk je part seterusnya..Mak Aii, mata saya tidak dapat tahan lagi. Saya dan mak saya menangis...tapi ketawa pun ketawa juga. Apa yang kami satu panggung ketawa?? watak lisa, tak tahan...buat kami ketawa. Watak Pak Dollah ketika nak bagitahu hal sebenar pun jadi lawak part dia nak mengajuk macam mana ayah Hariz merayu nak Hariz. Adoiii...lawak-lawak.

Dubbing memang teruk sikit, ada kalanya rasa macam suara pelakon bergaung je.

Apa-apa pun cerita ini layak untuk saya tengok lagi sekali sebab watak pelakon-pelakon utama best sangat. Terkesan di hati :)

Mujur saya tak baca NOVEL, kalo tak saya pun mungkin berpendapat sama seperti penulis novel..." tak lengkap jalan cerita seperti novel". Feedback penulis novel dan kawan-kawan saya yang telah baca novel. Saya yang tak baca novel rasa filem ni dah okey la.
AARON mulut macam ni pun cair..alahai

KTMB Alor Setar. Selalu saya ke sana hantar barang =)


Part ni paling saya suka...ada lagi satu tapi tak dapat jumpa picture =(

Credit: picture ombak rindu sume google dan diSINI

12 August 2011

Puasa 2011-1

Semalam sebab my parent ke KL, so kami sepakat berbuka di luar. Pilihan kami restoran Nelayan Kuala Kedah. Ikan Bakar Basah dia memang superb!!! bukan setakat basah tapi sedap lah kiranya. Semenjak berpuasa kali ini takde la lagi nak kenyang sangat. Orang Kedah kata "sengkak" . Tapi semalam memang kenyang la. Lepas je acara tu, terus saya bekejaran ke Kedai Baju di City Plaza. Selepas suami tinggal saya disitu, teruskan acara treatment rambut. Semalam pertama kali saya dan si tuan salon tu keluar dari city Plaza jam 11.30malam. memang menakutkan. Lampu semua sudah dipadamkam. Hanya ada sorang guard di bawah. Sabar je.
Lepas tu, kawan datang ambil untuk tunggu suami sudah jumpa client di Gemilang burger(dekat dengan stadium) sampai 2pagi. Plan awal tu memang nak sahur ramai-ramai di Yasmeen nasi kandar jam 4.30pagi. tapi tak sangka lepak sampai 2pagi, if balik umah memang tk keluarla untuk bersahur. Then suami ajak semua ke Penang untuk sahur. 4orang yang setuju. So destinasi kami, KAPITAN nasi Kandar. Sampai pukul 4pagi di sana.




Claypot Briyani Ayam

Pehh, layan. Kami ke Kapitan berdekatan dengan Queensbay. Habis makan jam 5pagi balik Alor Setar sampai umah jam 6pagi. Tido sampai jam 1petang.

Berapa banyak perkataan "jam" saya sebut??

agagaga, btw, aktiviti semalam amat indah.

Blessing


16 January 2011

Birthday Abang Ipar

Penat! Baru je sampai umah. Sekarang tengah melepakkan diri di rumah my sister kat Bangi, Belari meninggalkan hiruk pikuk tempat keja =p
Sampai semalam. So harini aktiviti keluar dengan my sister dan kawan dia, usha-usha handbag. Layan gila!! Then petang lepak Mid Valley & The Garden. Shopping time. Tapi hubby yang banyak membeli, not me. huhu. Then kul 8.30mlm kami dinner buffet at Red Box sambil melalak sampai pukul 12malam. Banyak juga la lauk, ada ketam, nasi, sushi, dim sum dan macam-macam ada..


Birthday boy(abang ipar saya) dikejutkan dengan kek dan tetiba lagu dia tengah nyanyi bertukar menjadi lagu "happy birthday",

Kek Cheese Laici. Rasa sikit je sebab saya tak suka kek.


Selingan ..tetiba je nak letak gambar kami berdua tadi.
Ni team perut ke depan. Kenyang belaka dan letih melalak lagu Anggapanmu untuk lagu akhir sekali tadi.


By the way, SELAMAT HARI LAHIR ABANG HAIZAL. Semoga sentiasa bahagia dan dilindungi oleh-NYA. AMIN

15 December 2010

KHUNTORIA

saya sekarang adalah Die hard Fan reality show WE GOT MARRIED. Rancangan ini sengaja menemukan dua orang artis remaja terkenal dari Korea iaitu Khun dan Victoria untuk menjalani kehidupan konon-konon sebagai sepasang suami isteri. Maka lahirlah nama gabungan mereka iaitu KHUNTORIA. Sweet sangat.!! Rancangan ini sudah ada dua couple yang terdahulu dan episod cinta mereka juga sedang ditayangkan. tapi saya paling suka dengan pasangan ini. Sudah ada 13 episod dalam simpanan. =)

Couple yang kedua dengar gosip dan bercinta betul setelah menjalani pengambaran rancangan ini.hehe. Best

Hubby stress sebab sebelum tido saya asyik tengok je siri yang ada pada saya berkali-kali dan search kat internet.

Sebelum mula kerja pun saya tengok (tapi harap hubby tak baca entry ni =p)

11 August 2010

Celebrate nak puasa



Bukan main lagi nak sambut puasa pun celebrate. Kebetulan saya dan En.Tunang ada kerja di Penang, so stay sana 2hari. Ambil kesempatan makan dan makan. Tapi rupa-rupanya suami kepada kawan baik saya yang belanja kami makan.Syukur alhamdulillah. Enak dan senang bangat!! hehe
Tempat: Teluk Kumbar
menu kami: Mee udang besar
Air: laici 2 jug
Makanan tambahan: siput belitong sekilo (masak lemak cili api). gila pedas!!!
lala dan kerang bakar setengah kilo

makanan shila a.k.a kawan baik saya---> nasi putih dan puyuh masak kicap 6 ekor

shila ni lepas kahwin naik 11kilo, sebab tengok la dia makan. Orang dah makan mee (saya badan besar dari dia) memang dah tak boleh nak makan apa dah selain siput2 tu tapi dia boleh pulak makan nasi dan puyuh 6 ekor. aisehhhh

NOTA: semasa menaip entry ni dengar radio asyik iklan makanan dengan sebutan "enak" dan "sedap" berkali-kali.OH puasa hari ni rupanya =)

P/S: mulai petang ini ada iklan produk saya di radio RTM Perak, Kedah dan Perlis sebelum berbuka puasa(sempena bulan ramadan).

09 July 2010

award 2



1. Anda mesti memberi pujian kepada pemberi 'award' ini.
yahuuuu...terima kasih kepada cik nasrah a.k.a si kecil....nak kena puji ek?? dia kecik comel, cute, mweet n nice in komunikasi

2. Sila beri award kepada 10 bloggers yang lain.

Cik Yana
Leonora
elya elmo
mrs engineer
norr
Hudy
Kay Kamal
Q
Cik belle
http://merahjamboo.blogspot.com/ a.k.a Pja


3. Anda mesti beritahu kepada 10 blogger ni.
ye ke?? kalo sampai diorang tak perasan baru saya akan bgtau.kejutan la best. "wink"

4. Bagaimana anda boleh di gelar 'blog' yang 'Best and Great'?
cuba tanya si kecil... hehe...

25 May 2010

AF



Hari ni tetiba rasa banyak benda nak kongsi... Last weken saya dengan Mr.A telah menggedix ke konsert AF....Saya bahagia bila shahir dan adira menang dapat undian yang teratas. hoyehhh! apa pun sebenarnya pada malam itu bagi saya persembahan terbaik adalah DAUS.....Suara terbaik malam tu Adira. Tapi untuk yang konsisten adalah SHAHIRRRRRRRR... =) Jom layan gambar saya yang menggedix.






24 May 2010

GLAD to Knowing U

entry ni just nak cakap, semalam jumpa Diah @ diahlicious untuk sesuatu sebab...


SURPRISE
*
*
*
*
*
*

DIAH dan HUSBAND sangat baik dan friendly....Suka sangat sembang dengan BOTH of U..Yang best cakap utara dengan husband dia...padahal dia buka orang utara. =p...
Nanti jumpa lagi =)

19 May 2010

ADIRA dan SHAHIR...AF


Ini adalah ADIRA..kalo suara saya memang suka suara adira.....dan juga personaliti

kalo shahir, suara banyak lagi dia perlu lebih personalise, agar ada identiti. Tapi saya suka kedua-duanya.

NOTA: SAYA MEMANG PEMINAT AF, SAYA TAK TAU KENAPA. DULU MASA STUDY, SELALU SAYA PERGI KONSERT MINGGUAN. TAPI UNTUK MUSIM 8 NI, MEMANG TAK BEST. SAYA TAK TENGOK PUN KONSERT MINGGUAN. TETAPI PADA SUATU MALAM SAYA TENGOK ADIRA NYANYI LAGU SRI MERSING, TERUS SAYA JATUH HATI NAK TENGOK AF TAHUN NI =)

31 March 2010

KENAPA SAYA LAMBAT UPDATE (B2B Gathering)










Saya amat cemburu dengan bloggers yang amat pantas update psl b2b gahtering. Jeles kerana tuntutan kerja saya yang tidak mengizinkan untuk saya duduk menaip tentang entry ini. Saya sampai dari KL isnin malam, then hari selasa amatlah banyak kerja sebab tinggal ofis banyak hari. Banyak benda nak catch up. Dalam masa yang sama ada promosi produk saya d Aiport Alor Star (ujirasa makanan). Saya juga kena hantar staf,ambil staf, angkat barang dan sebelum tinggal diorang, saya perlu ajar cara-cara nak wat sale, cara-cara bercakap (ini kali pertama untuk staf yang terlbat) =). Okey ini je penjelasan saya, TENTANG KENAPA SAYA LAMBAT UPDATE BLOG or FB. Rindu bangat sama FB. =)

Komen saya, event ni sweet, cumil n nice. Tahniah la kepada Diah, Anil dan semua yang terlibat. Saya enjoy semasa berada di sana. Banyak juga saya shopping di sana. Layannnn.. Antara booth yang saya singgah adalah booth Anil, Ash & Ann, Bajoo,Diah, Ederq &Meeza (walau tak tegur, saya ada belakang akak membelek baju dan gambar-gambar akak =) ) dan maaf yang lain saya tak dapat ingat. Aduh lemahnya memory saya. Saya telah menghabiskan duit saya di Marry Me, Lynda Kamal dan Q& A. Aiyarkkk.!!

Pada Ika (Perjalanan 30 Mei), saya mungkin terbeli shaw kamu tapi en.Isk cakap dia taktau harga. =p. (masa tu Ika memang takde dalam hall). Cara Isk cakap memang lawak. Korang ni memang comey.

Lagi lawak saya baru je sampai, dah kena join game Pujuk, Sayang, Marah.hahaha. Syarat memula mestilah pada copule yang belum kahwin. Apa lagi, jadilah saya dan MR.A peserta pertama. Tak memberansangkan lansung. Dari game ni baru saya sedar yang saya ini macam tak pecaya dia. Ngee..Saya asyik pesan pada MR.A masa sebelum start game tu supaya dia beware dengan arahan MC. Padahal saya yang menyebabkan kalah, bila Mr.A cakap “hulur tangan!!!”. Saya siap cakap betol ke??!!. Erkkk.... Kiranya time ni kena SAYANG tapi saya beria ingat kena MARAH. So kami jadi peserta kedua yang kalah . Padan muka ku.

Apa pun maaf pada Ederq (saya nak sangat jumpa kamu) tapi kebetulan pergi je akak tengah layan orang lain. Saya pula pulang awal. Pukul 5ptg saya dah beredar.

Glad to meeting Leonora, Diah, Anil (cantiknya kulit kamu), Ann petitnya kamu rupanya in real, Qis dan tuan punya Marry Me dan tuan punya Radiusite dan ramaaiiii lagi. Seronok.


P/S: Rugi sebab tak take pic dengan Anil, Ann, Qis, ederq, ika dan ramai lagi