SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label 231010. Show all posts
Showing posts with label 231010. Show all posts

06 March 2011

DVD Wedding



Finally sudah terima untuk both resepsi dari Encik Azrul. Terima kasih banyak-banyak =)

Bunga Tangan Resepsi Siang



Bunga tanga untuk resepsi siang sebelah saya pula... Best-best. Tema purple dan pink. Ini tempah di True Love. Cik Yana tahu?? =)

Btw, nak story sikit..Keja mengambil setiap bunga-bunga ini saya telah amanahkan pada adik dan sepupu saya yang form 4. Saya siap bagi jadual untuk diorang pick up bunga pada setiap hari yang berlainan.

Terima kasih nabihan dan marsya..Love both of you the most =)

03 March 2011

Pelaminan Untuk Resepsi Siang





Since masa tunang, saya tempah mini pelamin pada butik ni so terus saya dah janji untuk pelamin masa kahwin juga. Bukan saya yang janji tapi mak saya. So benda ni macam complicated sket. Segala idea dan impian saya tidak terhasil dalam pelamin ini. Cuma jadi lebih kurang sahaja dengan impian saya.

Siapa yang pernah baca blog saya, mesti tahu saya ada lagi satu pelamin di dalam rumah. Kenapa ada dua??

Pertama sekali saya dan mak inginkan pelamin akad nikah sejurus selepas ayah usaha keras untuk memastikan impian saya untuk melansungkan acara akad nikah di rumah tercapai. Kedua, saya inginkan photobooth di dalam rumah saya pada hari resepsi berlansung. Ketiga, saya juga ada impian untuk menghasilkan pelamin yang berkaca-kaca..walau tak banyak tetapi at least ada di pelamin saya.

Seterusnya ke empat, saya dapat rasakan seperti impian saya untuk pelamin di luar seolah-olah takkan berhasil. Hati kecil saya sudah merasakan hal ini dari awal. Maknanya KEMUNGKINAN BESAR tuan pelamin tu akan buat seperti mana yang dia nak dan bukan seperti yang saya inginkan.

So saya cepat-cepat berbincang secara teliti dan dari hati ke hati dengan Paksu (pemilik Syam Sya'is-yang saya amanahkan untuk buat mini pelamin akad nikah) apa yang saya perlu lakukan agar saya TIDAK TERLALU KECEWA. Maksud saya disini, saya dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan diri Tuan pelamin di luar....Saya rasa dia akan hasilkan pelamin bukan dengan idea dan hasil impian saya selama ini.

So saya buat keputusan begini selepas berbincnag dengan Paksu sebab dia memang memahami kehendak saya dan keinginan saya. Keputusannya adalah, biarkan saja Tuan Pelamin di luar hasilkan pelamin seperti mana yang dia nak DAN BUKAN SEPERTI yang saya nak. Sebab saya perlu menjaga nama baik ibu saya. Sebab ibu saya yang deal dengan Tuan itu.

So dari mini pelamin, photobooth dan pelamin yang ada unsur kaca maka terhasillah pelamin ini. Gambar di bawah adalah semasa acara akad nikah. Guna kain belakang warna biru sebab ikut tema yang saya inginkan.
Kiranya tutup dahulu gambar kami berdua yang dijadikan background untuk dijadikan photobooth pada resepsi siang dan untuk kegunaan acara resepsi sebelah malam. Bila buka je kain biru itu, bunga melur, buang bunga pahar biru dan bunga hidup yang saya spray juga warna biru digantikan dengan bunga fresh warna putih maka terhasil lah pelamin di bawah untuk digunakan pada 231010(our reception day and night)


Keputusannya adalah, pelamin luar memang lahir TIDAK mengikut idea dan keinginan yang saya sudah bagitahu sedari awal lagi. Dari segi bunga, kerusi dan lain-lain tidak mengikut apa yang saya nak. =(

Pelamin dalam rumah dan mini pelamin saya tetiba bertukar MENJADI TIDAK MINI sebab besar, hehehe adalah sangat menggembirakan hati saya sebab impian saya tertunai juga.

Walau segalanya tidak sesempurna yang kita inginkan tapi kita harus senyum riang

09 February 2011

Tag yang hangat!

Kenapa saya wujudkan perkataan hangat di belakang tajuk entry ini? sebabnya, ahli keluarga saya tidak setuju bila saya kemukakan idea saya untuk letak penanda tersebut. Padahal bagi orang lain benda tu dah biasa. Contohnya my sis yang terlalu open minded pun tetiba je bising. Dia cakap "orang tau la itu pengantin perempuan atau pengantin lelaki" aduh. Saya terpaksa explain kenapa saya nak letak. hehe. Hasilnya..




Ini la hasi DIY saya dari bulan 9 lagi (sebulan sebelum kahwin) =)

16 January 2011

Montage our Reception

Resepsi Siang dan Malam Sebelah Perempuan
231010

Video shoot and edited by: www.pencerita.net

SELAMAT MENONTON


06 December 2010

Teaser Wedding Dress for 231010



Ini masa saya fitting bulan September. Beads pearl keliling lace labuh tu belum siap sepenuhnya. Kain tu pada mulanya Kak Awin nasihat tak boleh buat untuk badan saya. HEHE. tapi saya pujuk sebab nak juga macam tu. Try sekali dengan tudung dan vail. hehe. French Lace beli sendiri kat Binwanis Ampang Park. Chiffon sume tu, Kak Awin tolong belikan. =)

Kisahnya saya nak buat dress ni kat Syomir tapi kebetulan dia sibuk sangat masa saya ke KL. Appointment juga ditunda since dia sibuk untuk buat butik kat Solaris sume tu. Saya tak boleh stay lama di KL, so bila jumpa nak bincang tentang tudung dengan Kak Awin, dia cakap dia boleh buat baju dan Vail juga. Fikir punya fikir, lama juga la saya discuss dengan mak...then baru setuju. Dengan Syomir saya pernah buat so saya tau cutting dia best, badan saya pun nampak kurus. Sebab tu saya riso kalo orang lain buat takut tak menjadi. But, afterall saya puas hati dengan Kak Awin =)

05 December 2010

Our Banner

Nak cerita pasal banner pula. Instead of letak banner nak masuk ke rumah di jalan utama, saya sediakan 2 banner yang berasingan untuk dua kegunaan. Di bawah ni, banner untuk letak kat gate rumah. Pantun tu saya yang cari. Puas mencari, akhirnya jumpa.


Di bawah ni banner untuk letak di pentas as background. tapi abaikan banner yang cenderawasih tu, itu banner geng muzik tu yang letakkan =)


09 November 2010

Penanggah @ 231010










Bukan dari OP. Ini dari camera my Bro. Layankan saja okey?

Picture bersama para penanggah a.k.a orang yang kuat-kuat belaka bekerja dan bergotong royong. Gambar ini masa petang, ada yang sedang beristirehat

07 November 2010

Khemah for my side @ 231010








Khemah sume dari Pak Ku. Half moon khemah dua biji dan khemah arabic 6biji.

Permintaan kami agar sume disusun menjadi "dewan" untuk memudahkan tetamu yang hadir. Takut juga sebab musim hujan masa wedding saya tempoh hari.

Meja Pengantin juga setting dari Pak Ku tapi hiasan meja saya DIY sendiri bersama dengan my BFF. Saya sudah draft lama ..apa hiasan yang saya inginkan. Bangun pukul 7pagi untuk set up hiasan fresh flower atas meja ni. Saya tak suka meja pengantin ada background so ayah suggest guna je mini air terjun kami as a background. Hasil?? adalah sangat suka..

Saya juga inginkan underlayer untuk halfmoon dan juga porch untuk pelamin luar saya.

Air cooler lebih kurang 10biji diperlukan sebab saya dah guna underlayer so kipas memang tak boleh guna.

Pak Ku boleh dihubungi disini.


TIPS:

jangan pegi pada satu vendor saja untuk mendapatkan sume benda. Contoh.. Saya memerlukan 20biji dome(entah btol @ tak ejaan saya :p) tapi Pak Ku takde. Saya nak yang besi mcm hotel tu. At last sampai jumpa juga di vendor yang lain.

Hiasan fresh flower untuk laluan utama seperti pintu gerbang dan walkway flower... saya serahkan kepada vendor pelamin luar saya.

Lantern saya beli sendiri 10biji pink dan 10biji purple untuk sesuai dengan tema saya. Saya beli sebelum bertunang lagi lantern ni =) (sudah pasti selepas majlis merisik saya)=p. Sume khemah termasuk BUKAN VIP pun saya gantung lantern ni. Khemah VIP tu nama VIP pun sampai pukul 1.00 saja selepas itu diserbu oleh orang ramai =)

Kenduri saya adalah masakan orang kampung gotong royong. Tapi bukan free tau. Tenaga diorang harus dibayar dengan setimpalnya. Then, sudah pasti orang kampung saya tidak dapat menampung sume kerja. So, kerja melayan tetamu di khemah VIP kami serahkan untuk vendor catering pula. Makanan untuk khemah VIP dari jam 12-1 adalah dari catering juga.

Makanan untuk resepsi malam adalah dari catering juga.

Pentas utama untuk acara nyanyian dan ghazal parti sebelah malam adalah hasil gotong royong ayah and the gang. Sayang ayah!. Terima kasih.Masa memula saya fikir boleh ke diorang ni? hasilnya?? sangat besar.! best dan kukuh.

PRASAAN SAYA:

Setelah penat lelah saya ke sana sini mencari bermacam-macam vendor untuk melaksanakan impian saya akhirnya terlaksana juga.

Keadaan agak kelam kabut masa peak time pukul 1-3 tu, ramai sangat sampai ada blogger yang tak leh nak makan. Sori sangat.!! Tapi saya harap blogger yang lain dapat makan ye. Macam Yana, saya happy sebab saya rasa lama dia stay di umah saya melayan diri sendiri dan En.Tunangnya. =). Thanks ya!

Orang yang bertugas menjaga doorgift tetiba kena warded dua orang. Diorang ni adalah orang harapan saya. Sebab saya dah tak sempat nak briefing pada orang lain dalam keadaan singkat tu. So.. sampai sekarang saya belum habis lagi tawaf kedah untuk bagi doorgift. Tergendala dengan banjir dan honeymoon saya sebentar.

P/S: saya sempat edit satu gambar saja..tetiba rasa letih =(

will be continued

03 November 2010

Bath robe for my Wedding

Bath Robe: China Silk, My sis beli di China

Guna untuk 191010 malam berinai, 201010 khatam dan akad nikah then 311010 resepsi untuk pihak lelaki


Impian terlaksana. Memang dah tercatat lama dalam diary, nak make up guna bath robe then nak letak wording bride kat blakang. Sila abaikan latar belakang gambar ni yang tidak memberansangkan.hehe
Bath robe: La Senza
Wording: Kedai lekat diamond di Tesco Mergong