SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

04 December 2011

BerOmbak Rindu



Semalam 3/12/2011 saya dan suami bawa mak masing-masing pergi tengok filem OMBAK RINDU. Sebelum nak pegi tengok banyaknya feedback. Ada yang kata ketawa je, ada yang kata sedih dan adik saya cakap pasal DUBBING teruk.

Apa pun pendapat saya secara personally untuk 45minit pertama air mata saya tak keluar lansung. Biasa saja tetapi cerita masih seronok. Masuk je part seterusnya..Mak Aii, mata saya tidak dapat tahan lagi. Saya dan mak saya menangis...tapi ketawa pun ketawa juga. Apa yang kami satu panggung ketawa?? watak lisa, tak tahan...buat kami ketawa. Watak Pak Dollah ketika nak bagitahu hal sebenar pun jadi lawak part dia nak mengajuk macam mana ayah Hariz merayu nak Hariz. Adoiii...lawak-lawak.

Dubbing memang teruk sikit, ada kalanya rasa macam suara pelakon bergaung je.

Apa-apa pun cerita ini layak untuk saya tengok lagi sekali sebab watak pelakon-pelakon utama best sangat. Terkesan di hati :)

Mujur saya tak baca NOVEL, kalo tak saya pun mungkin berpendapat sama seperti penulis novel..." tak lengkap jalan cerita seperti novel". Feedback penulis novel dan kawan-kawan saya yang telah baca novel. Saya yang tak baca novel rasa filem ni dah okey la.
AARON mulut macam ni pun cair..alahai

KTMB Alor Setar. Selalu saya ke sana hantar barang =)


Part ni paling saya suka...ada lagi satu tapi tak dapat jumpa picture =(

Credit: picture ombak rindu sume google dan diSINI

4 comments:

Leonora Halim said...

saya tgh tungguh citer ni kuar estro 1st! eheh..

Darling Aween said...

leo: saya jua...nk nonton lg =P

Cik Syeeda Sobbihi said...

sampai skrg sy tk tgk2 lg.. haha..

Saffiya Amani Enterprise AS0340327-U said...

ada masa tengok tau