SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

26 November 2010

Sekitar Acara Akad Nikah

Pukul 10.30 saya sudah di make up kan.

Pukul 12.30 Pihak lelaki sudah tiba. Rombongan makan dahulu sebelum acara bermula.

Selepas itu tetamu masuk ke dalam rumah.

Saya di bawa turun oleh Kakak Ipar dan Kakak Saya.
Terus saya jumpa bakal ibu mertua dan bersalaman dengan sedara mara dari pihak lelaki.
Gadis yang mengapitkan saya ini adalah Anak buah saya(yg besar=p) dan cousin (yg kecik)
Selepas itu ibu datang mencium saya
Sedih okey!! Masa ni rasa syahdu. Rakan-rakan blogger yang dah kahwin pasti faham apa rasanya ketikan ini =). Kemudian, ayah saya masuk ke rumah terus menuju mencari saya. Aduh, lagi sedih time ni. Saya kan anak ayah..Perasaan bercampur. Saya sedih sebab saya masih ada ayah untuk di peluk tetapi suami saya tiada ayah untuk di peluk. Lagi saya sedih sebab selepas saya berpeluk cium dengan ayah saya, saya nampak air mata suami saya terus mengalir laju keluar. Masa tu saya terus berdoa moga dia tabah sebab dia akan melalui acara akad nikah sebentar lagi.

Lihatlah reaksi saya SEBELUM di PELUK OLEH AYAH(dah mula sebak)



Usah pelik melihat gambar di bawah, gadis pengiring ikut sama menangis. =(. Dia sedih sebab mak sedara kesayangan konon kahwin nak tinggal dia. hehe. tapi saya bertambah sedih sebab saat ni bukan dia saja yang menangis, boleh dikatakan kebanyakkan famili saya ikut menangis.
Pukul 2 selepas Tuan kadi tiba dan sudah selesai menjamu selera.
Pengacara majlis memulakan acara.Berdebarkah bakal suami saya ketika ini??
Acara dimulakan dengan acara menjemput IMAM BESAR MASJID ZAHIR untuk mempedengarkan Ayat-ayat suci Al-Quran. Nama beliau Sheikh Roslan Halim. Dia cakap surah ini selalu dibacakan sebagai doa pada kenduri kahwin di negara-negara Arab.
Seterusnya acara ayah saya mewakilkan wali kepada Kadi Besar Daerah Kota Star.

Acara akad nikah diteruskan. Ada soalan "tahukah gantung tidak bertali itu apa"? Inilah soalan Tuan kadi kepada bakal suami saya.Kenapa saya tidak berada di atas pelamin ketika ini? Kerana tidak baik untuk pengantin perempuan berada di pelamin atau tempat lebih tinggi dari Imam atau Tuan Kadi yang akan menikahkan kita =). Ini nasihat mak, ayah dan juga orang tua-tua.

Bila sesudah akad nikah saya siap senyum ke telinga. Sampai anak buah kata "first time tengok anak dara senyum sampai telinga lepas akad nikah... anak dara selalunya nangis". hahaha. lawak
Hantaran yang saya dapat pada hari akad nikah adalah mas kahwin, cincin dan wang hantaran.

Hantaran yang diberi pada suami adalah cincin dan mini sirih junjung.

Sumber gambar: dslr adik

Kisah kahwin akan disambung pada bulan Januari 2011.

4 comments:

Anonymous said...

so touching bab2 nanges tu..bergenang jgk la mata ni...congrats ya..
nurul^fikri

Darling Aween said...

mmg touching...sedih utk hubby juga sebenarnya.tq dear

Anonymous said...

sy xtau mcmana majlis nikah sy sbb mak baru meninggal masa puasa yg lepas dan kenduri sy akhir bln 1 nanti. dan bakal suami masih punya kedua ibubapanya...

smpi skrg sy xtau apa yg bakal sy rasa nanti.

-ada-

Darling Aween said...

ada..

pinjam kasih syg bakal suami bersama kedua ibu bapa dia untuk dijadikan kekuatan kamu.

Selebihnya senyum sajaa utk pastikan hari ADA berjalan dgn sempurna dan gembira.

Al-Fatihah untuk ibu ADA.