SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

22 November 2010

Pelamin 191010 & 201010

Hai sume. rindunya korang. Setelah beberapa hari menyepi. I'm back.! tapi banyaknya belom settle. Kerja akan dilakukan satu persatu dan entry kat blog ni juga satu persatu. Wah, macam ada je orang yang dok nantikan entry dari saya. =). Layankan je untuk simpanan peribadi dan masa depan.


credit to syam syai's. Saya hanya bagitahu kepada WP ni (Paksu) apa yang saya inginkan dan idamkan selebihnya saya serahkan kepada beliau untuk hasilkan pelamin terbaru asalkan keinginan saya juga diserap masuk menjadi pelamin yang diinginkan.


Tetiba cousin saya telibat dengan gambar di atas(pinjam muka ye). Ceritanya, pelamin ini saya guna untuk 3 acara dan setiap acara sumenya diubah (dikurangkan dan ditambah props)sedikit beberapa dekorasi. Sila perhatikan fresh flower kiri kanan pelamin.. Saya cari sampai jumpa kedai yang boleh warnakan menjadi warna idaman saya. Hasilnya biru itu sungguh menenangkan hati saya. Juraian bunga melor juga diletakkan di atas pelamin. Sungguh wangi. Ini idea emak saya. Dari abang, kakak dan saya bunga melor itu wajib digunakan. Bunga melor ni tahan dari malam hingga malam besoknya dengan syarat jangan benarkan setitik air terkena pada bunga melor.Pasangkan aircond, biarkan bunga itu berada dalam keadaan sejuk.

Untuk acara berinai dan akad nikah saya guna round kusyen yang saya tempah sendiri. Cantik tak? hehe. Saya tempah sebab saya inginkan semasa acara akad nikah saya berada di atas kusyen yang bulat ini dan sesuai dengan size b**tu% saya ketika duduk bersimpuh. Seperti gambar di bawah

Comel tak saya bila ada atas kusyen ni? =). Maafkan saya sebab nak perasan jap. Bantal ni isinya adalah kekabu. Sedap gilaa, bila bersimpuh atas ni.




Acara berinai untuk keluarga rapat saya tidak bertudung. Sehingga sekarang masih tidak dapat approval untuk meletakkan gambar disini dari HUBBY. Sades!
Picture ni sume hasil kamera DSLR adik saya.

Iklan sebentar:
Sesiapa nak sewa bantal ni
Deposit RM 50
Sewa RM 35
(akan disertakan bantal kecil dan comel sesuai untuk hiasan bilik pengantin)
terbuka kepada sesiapa dari Kedah & Perlis


Untuk acara ketiga iaitu photobooth dan resepsi malam apa yang saya lakukan pada pelamin ni?? Nantikan next entry.....

To be continued...

9 comments:

ZARIZA said...

aween...rm30 tu 2 2 bantal ke?
nak nak~

Unknown said...

Aween...cantiknyer ur pelamin...simple jer...syam syai's buat tak area penang??huhuh

Darling Aween said...

call la tanya..dia buat juga sbb aritu ada client dia dari perak juga.

Leonora Halim said...

owh owh... nanti u photoshop gamba yg tak bertudung tu, ala2 biar bertudung.. tunjuk balik kat hubby.. haaa.. mesti lulus.. hehe

Darling Aween said...

leo...yehuu tak terpk pula..tq2..i will think bout it =)

Mrs Kecik said...

aween, mcm nak sewa. awai bulan jun naa..nanti confirm blk, nak tanya mak, dah ada ka blom. btw, bunga meloq tu beli kt mana? rituh p tanya kt kedai bunga india, berapa ringgit tah semeter..aween beli mana?

Darling Aween said...

Okeh.roger.dh PM..check ur box k

Anonymous said...

Assalammalaikum. sy berminat untuk sewa bantal nikah. cari cmna nk contact aween tp xjmp. akad will be on 10 dec. hope aween boleh email saya. thank you. =) ayuniv17@yahoo.com -Ayuni

Darling Aween said...

dear..dah PM check ur email tau