SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

26 November 2010

Coretan buat Suami

Saya sakit ketika ini..Terima kasih sebab kamu betol2 menjaga saya. tapi kamu marah saya tidak suka makan ubat.

tahukah kamu??

pada umo 18th saya, baru saya pandai menelan ubat bentuk pil? sebelum itu saya hanya menumbuk pil itu menjadi debu dan dibancuh dengan air suam.

Saya fobia bila:

Saya pernah menelan pil dan solat sejam kemudian, ketika rukuk ubat tu keluar..

Saya pernah lekat ubat di dada sehingga di bawa ke hospital beberapa tahun lepas ketika saya study di KL. Mujur ada parents saya di sana ketika itu. 3 ari ubat tu ada di dada. Doktor bagi ubat untuk cairkan pil itu. Saya sesak nafas hingga tak boleh bernafas. Rasa ada benda di dada saya.

Kesiankan saya...Saya tak sanggup nak habiskan pil2 itu lagi.

=(

Coretan macam bengong.haha..mmg kejadian ini benar2 berlaku

Sekitar Acara Akad Nikah

Pukul 10.30 saya sudah di make up kan.

Pukul 12.30 Pihak lelaki sudah tiba. Rombongan makan dahulu sebelum acara bermula.

Selepas itu tetamu masuk ke dalam rumah.

Saya di bawa turun oleh Kakak Ipar dan Kakak Saya.
Terus saya jumpa bakal ibu mertua dan bersalaman dengan sedara mara dari pihak lelaki.
Gadis yang mengapitkan saya ini adalah Anak buah saya(yg besar=p) dan cousin (yg kecik)
Selepas itu ibu datang mencium saya
Sedih okey!! Masa ni rasa syahdu. Rakan-rakan blogger yang dah kahwin pasti faham apa rasanya ketikan ini =). Kemudian, ayah saya masuk ke rumah terus menuju mencari saya. Aduh, lagi sedih time ni. Saya kan anak ayah..Perasaan bercampur. Saya sedih sebab saya masih ada ayah untuk di peluk tetapi suami saya tiada ayah untuk di peluk. Lagi saya sedih sebab selepas saya berpeluk cium dengan ayah saya, saya nampak air mata suami saya terus mengalir laju keluar. Masa tu saya terus berdoa moga dia tabah sebab dia akan melalui acara akad nikah sebentar lagi.

Lihatlah reaksi saya SEBELUM di PELUK OLEH AYAH(dah mula sebak)



Usah pelik melihat gambar di bawah, gadis pengiring ikut sama menangis. =(. Dia sedih sebab mak sedara kesayangan konon kahwin nak tinggal dia. hehe. tapi saya bertambah sedih sebab saat ni bukan dia saja yang menangis, boleh dikatakan kebanyakkan famili saya ikut menangis.
Pukul 2 selepas Tuan kadi tiba dan sudah selesai menjamu selera.
Pengacara majlis memulakan acara.Berdebarkah bakal suami saya ketika ini??
Acara dimulakan dengan acara menjemput IMAM BESAR MASJID ZAHIR untuk mempedengarkan Ayat-ayat suci Al-Quran. Nama beliau Sheikh Roslan Halim. Dia cakap surah ini selalu dibacakan sebagai doa pada kenduri kahwin di negara-negara Arab.
Seterusnya acara ayah saya mewakilkan wali kepada Kadi Besar Daerah Kota Star.

Acara akad nikah diteruskan. Ada soalan "tahukah gantung tidak bertali itu apa"? Inilah soalan Tuan kadi kepada bakal suami saya.Kenapa saya tidak berada di atas pelamin ketika ini? Kerana tidak baik untuk pengantin perempuan berada di pelamin atau tempat lebih tinggi dari Imam atau Tuan Kadi yang akan menikahkan kita =). Ini nasihat mak, ayah dan juga orang tua-tua.

Bila sesudah akad nikah saya siap senyum ke telinga. Sampai anak buah kata "first time tengok anak dara senyum sampai telinga lepas akad nikah... anak dara selalunya nangis". hahaha. lawak
Hantaran yang saya dapat pada hari akad nikah adalah mas kahwin, cincin dan wang hantaran.

Hantaran yang diberi pada suami adalah cincin dan mini sirih junjung.

Sumber gambar: dslr adik

Kisah kahwin akan disambung pada bulan Januari 2011.

22 November 2010

Pelamin 191010 & 201010

Hai sume. rindunya korang. Setelah beberapa hari menyepi. I'm back.! tapi banyaknya belom settle. Kerja akan dilakukan satu persatu dan entry kat blog ni juga satu persatu. Wah, macam ada je orang yang dok nantikan entry dari saya. =). Layankan je untuk simpanan peribadi dan masa depan.


credit to syam syai's. Saya hanya bagitahu kepada WP ni (Paksu) apa yang saya inginkan dan idamkan selebihnya saya serahkan kepada beliau untuk hasilkan pelamin terbaru asalkan keinginan saya juga diserap masuk menjadi pelamin yang diinginkan.


Tetiba cousin saya telibat dengan gambar di atas(pinjam muka ye). Ceritanya, pelamin ini saya guna untuk 3 acara dan setiap acara sumenya diubah (dikurangkan dan ditambah props)sedikit beberapa dekorasi. Sila perhatikan fresh flower kiri kanan pelamin.. Saya cari sampai jumpa kedai yang boleh warnakan menjadi warna idaman saya. Hasilnya biru itu sungguh menenangkan hati saya. Juraian bunga melor juga diletakkan di atas pelamin. Sungguh wangi. Ini idea emak saya. Dari abang, kakak dan saya bunga melor itu wajib digunakan. Bunga melor ni tahan dari malam hingga malam besoknya dengan syarat jangan benarkan setitik air terkena pada bunga melor.Pasangkan aircond, biarkan bunga itu berada dalam keadaan sejuk.

Untuk acara berinai dan akad nikah saya guna round kusyen yang saya tempah sendiri. Cantik tak? hehe. Saya tempah sebab saya inginkan semasa acara akad nikah saya berada di atas kusyen yang bulat ini dan sesuai dengan size b**tu% saya ketika duduk bersimpuh. Seperti gambar di bawah

Comel tak saya bila ada atas kusyen ni? =). Maafkan saya sebab nak perasan jap. Bantal ni isinya adalah kekabu. Sedap gilaa, bila bersimpuh atas ni.




Acara berinai untuk keluarga rapat saya tidak bertudung. Sehingga sekarang masih tidak dapat approval untuk meletakkan gambar disini dari HUBBY. Sades!
Picture ni sume hasil kamera DSLR adik saya.

Iklan sebentar:
Sesiapa nak sewa bantal ni
Deposit RM 50
Sewa RM 35
(akan disertakan bantal kecil dan comel sesuai untuk hiasan bilik pengantin)
terbuka kepada sesiapa dari Kedah & Perlis


Untuk acara ketiga iaitu photobooth dan resepsi malam apa yang saya lakukan pada pelamin ni?? Nantikan next entry.....

To be continued...

16 November 2010

Super BZ

Holla... Saya amat sibuk. Yess, dugaan besar selepas kawin. Habis sume tempat kerja saya ditenggelami air banjir.

Banyak kerugian yang di alami -(. Xoxo

Yezza. baru balik dari honeymoon...

Waiting list for new antry its all about:

  • bantal nikah saya (akan disewakan juga)
  • Kasut-kasut kawin saya
  • Vail lace border saya
  • Vail saya
  • Details tentang sume tudung
  • Details tentang sume dress saya
  • Cerita honeymoon saya
  • Hantaran saya(nantikan apa yang akan disewakan nanti)
  • Bilik Pengantin saya
  • Cerita pelamin luar
  • Cerita pelamin dalam
  • Cerita pelamin umah hubby
........Still thinking, apa lagi ek?.....

Akan update satu persatu dalam kadar masa yang LAMA. Maafkan saya. Rindu u all. Rindu nak berjalan-jalan dilaman u all...

09 November 2010

Penanggah @ 231010










Bukan dari OP. Ini dari camera my Bro. Layankan saja okey?

Picture bersama para penanggah a.k.a orang yang kuat-kuat belaka bekerja dan bergotong royong. Gambar ini masa petang, ada yang sedang beristirehat

07 November 2010

Khemah for my side @ 231010








Khemah sume dari Pak Ku. Half moon khemah dua biji dan khemah arabic 6biji.

Permintaan kami agar sume disusun menjadi "dewan" untuk memudahkan tetamu yang hadir. Takut juga sebab musim hujan masa wedding saya tempoh hari.

Meja Pengantin juga setting dari Pak Ku tapi hiasan meja saya DIY sendiri bersama dengan my BFF. Saya sudah draft lama ..apa hiasan yang saya inginkan. Bangun pukul 7pagi untuk set up hiasan fresh flower atas meja ni. Saya tak suka meja pengantin ada background so ayah suggest guna je mini air terjun kami as a background. Hasil?? adalah sangat suka..

Saya juga inginkan underlayer untuk halfmoon dan juga porch untuk pelamin luar saya.

Air cooler lebih kurang 10biji diperlukan sebab saya dah guna underlayer so kipas memang tak boleh guna.

Pak Ku boleh dihubungi disini.


TIPS:

jangan pegi pada satu vendor saja untuk mendapatkan sume benda. Contoh.. Saya memerlukan 20biji dome(entah btol @ tak ejaan saya :p) tapi Pak Ku takde. Saya nak yang besi mcm hotel tu. At last sampai jumpa juga di vendor yang lain.

Hiasan fresh flower untuk laluan utama seperti pintu gerbang dan walkway flower... saya serahkan kepada vendor pelamin luar saya.

Lantern saya beli sendiri 10biji pink dan 10biji purple untuk sesuai dengan tema saya. Saya beli sebelum bertunang lagi lantern ni =) (sudah pasti selepas majlis merisik saya)=p. Sume khemah termasuk BUKAN VIP pun saya gantung lantern ni. Khemah VIP tu nama VIP pun sampai pukul 1.00 saja selepas itu diserbu oleh orang ramai =)

Kenduri saya adalah masakan orang kampung gotong royong. Tapi bukan free tau. Tenaga diorang harus dibayar dengan setimpalnya. Then, sudah pasti orang kampung saya tidak dapat menampung sume kerja. So, kerja melayan tetamu di khemah VIP kami serahkan untuk vendor catering pula. Makanan untuk khemah VIP dari jam 12-1 adalah dari catering juga.

Makanan untuk resepsi malam adalah dari catering juga.

Pentas utama untuk acara nyanyian dan ghazal parti sebelah malam adalah hasil gotong royong ayah and the gang. Sayang ayah!. Terima kasih.Masa memula saya fikir boleh ke diorang ni? hasilnya?? sangat besar.! best dan kukuh.

PRASAAN SAYA:

Setelah penat lelah saya ke sana sini mencari bermacam-macam vendor untuk melaksanakan impian saya akhirnya terlaksana juga.

Keadaan agak kelam kabut masa peak time pukul 1-3 tu, ramai sangat sampai ada blogger yang tak leh nak makan. Sori sangat.!! Tapi saya harap blogger yang lain dapat makan ye. Macam Yana, saya happy sebab saya rasa lama dia stay di umah saya melayan diri sendiri dan En.Tunangnya. =). Thanks ya!

Orang yang bertugas menjaga doorgift tetiba kena warded dua orang. Diorang ni adalah orang harapan saya. Sebab saya dah tak sempat nak briefing pada orang lain dalam keadaan singkat tu. So.. sampai sekarang saya belum habis lagi tawaf kedah untuk bagi doorgift. Tergendala dengan banjir dan honeymoon saya sebentar.

P/S: saya sempat edit satu gambar saja..tetiba rasa letih =(

will be continued

05 November 2010

Our Event

19102010- Malam berinai (2persalinan) tradisional dan english style

20102010- Pagi khatam Quran dan lepas Zuhur, akad nikah di rumah

23102010- Resepsi siang untuk orang ramai
Resepsi malam untuk kawan2 dan ghazal parti untuk orang kampung hingga 1pagi

31102010- Resepsi sebelah pihak lelaki

Setelah selesai 6event kami berehat sepuasnya kerana keletihan...dan sekarang rumah saya terlibat dalam banjir besar.mujur segalanya pasal wedding sudah lepas.syukur alhamdulillah

03 November 2010

Bath robe for my Wedding

Bath Robe: China Silk, My sis beli di China

Guna untuk 191010 malam berinai, 201010 khatam dan akad nikah then 311010 resepsi untuk pihak lelaki


Impian terlaksana. Memang dah tercatat lama dalam diary, nak make up guna bath robe then nak letak wording bride kat blakang. Sila abaikan latar belakang gambar ni yang tidak memberansangkan.hehe
Bath robe: La Senza
Wording: Kedai lekat diamond di Tesco Mergong


02 November 2010

Reveal....Our OP

Sudah tamat semua majlis kenduri..Tapi saya tak reveal pun sapa kan? Ada la cakap sket-sket tapi takdela nak bagitau betol-betol. Hehe. Seperti biasa bila semua tak settle, saya takkan cerita. Bila semua dah menjadi hari ni, saya bebesar hati nak list beberapa photographer yang terlibat tapi sebelum itu saya nak bagi credit kepada Helmi, Irekaphoto. Melalui Helmi, saya disenaraikan beberapa list photographer untuk terlibat dalam majlis saya dan Mr.A.

Untuk:
2x pre wedding
Majlis berinai
Majlis khatam
Majlis akad nikah
Majlis resepsi saya siang
majlis resepsi saya malam
Majlis resepsi umah Mr.A & outdoor
Create picture for my gallery
Create picture for my dais dalam rumah

Semua ini dari Irekaphoto. Untuk majlis saya sorang photographer memang tak sempat nak cover semua sebab hasil perbincangan dengan aturan setiap majlis saya, sememangnya perlu lebih dari sorang untuk cover setiap majlis.

Dari gambar candid, gambar pose, Gambar sengaja candid, gambar kami tengah mereng semua tercatat dan terakam sebagai memori terindah untuk masa depan.

Untuk kenduri my side memang saya tolak untuk outdoor. Sebab ramai sangat tetamu, takut tak sempat nak jumpa. Resepsi malam untuk my side pun sampai 2 pagi, tapi pukul 12 saya dah tido sorang-sorang. Haha. Ada tersedar seketika hubby cuci make up muka kiri dan my sis cuci muka belah kanan. Comel kan mereka berdua?? =)

Terima kasih saya ucapkan kepada photographer2 yang terlibat. Cantik-cantik semua karya anda. Harap nanti kita boleh bekerjasama lagi..untuk honeymoon kedua mungkin, bersalin, cukur jambul =)

U all doing a great job for us. Terima kasih banyak-banyak =)

Mereka yang terlibat adalah :
  • Helmi jeff trism
  • daiyo kuraudo(badaiawan)
  • ismail junior
  • ella
  • hazel
  • useart
  • jeff trism


Cakap Kedah k?? Nah hadiah lagi satu picture!!
Upss dua la hehe


N.O.T.A- Gambar-gambar lain ada yang saya request tidak ada d FB diorang sebab biar sebagai kejutan dulu mungkin =)