SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

04 July 2011

Hantaran Untuk Suami








Lagi 3bulan saya cukup setahun dengan suami, insya Allah..Tetapi baru nak letak gambar hantaran. Sebabnya asyik tangguh-tangguh nak update terus tak update pasal hantaran.

5 berbalas tujuh...

Ini tujuh dari pihak saya balas untuk suami.

Tidak lah cantik tapi saya cuba hasilkan simple yang mungkin sebab time bertunang dah sarat bangat.

Hanya gunakan sekuntum bunga lily yang sudah kembang dan baby breast/breath :D. Kemudian dicampurkan dengan ribbon yang cantik dan cerucuk gold,ada diamond(tradisional/boleh juga gunakan cucuk d rambut untuk tarian tradisonal :D)

Bekas sirih adalah permintaan mak saya yang mahukan bekas sirih mengetuai segala bekas hantaran sebagai simbolik adat :D

Maaf, gambar hanya sempat diambil setelah tamat acara bersanding... ambil dalam keadaan kabut. Posisi depan sudah jadi belakang.hahaha



sebelum siap...
taraaa...... (^~) wink!, ini yang sudah siap tapi ada juga yang hilang huhuhu.


sebenarnya keliling manisan ini ada buat stawberi, tapi dah hilang....salah satu cara adalah, semasa bersanding sedara suami yang kanak-kanak belaka suap ke mulut saya secara curi-curi...hehe..saya yang bagi tapi saya yang makan juga... Tapi manisan ni "AGAR-AGAR KERING" adalah hasil buatan nenek tersayang. Dulu masa my sis kawin, dia buatkan as doorgift untuk 1000 orang tapi time saya dia hanya kuat untuk satu bekas hantaran saja..hahaha.... kesian nenek saya. Tapi ini adalah permintaan peribadi suami saya kepada nenek saya. Sebab tu la nenek saya buat juga manisan ni.


TIPS: Bagi barang hantaran yang sememangnya diperlukan dan memang betul nak guna.

0 comments: