Kalian pernah tak suka sesiapa tapi orang tu tak pernah tahu kiranya lebih kurang secret admirer ar...?? hehe..
Nak kongsi sedikit. Saya pernah suka someone ni, tapi saya rasa My BFF saya tak pernah tahu hal ini. Tapi kalo diorang syak secara diam-diam itu Allahuallam la..
Ceritanya begini, lelaki yang saya suka tu satu kolej la.. maybe junior...Saya pernah ke Langkawi dengan My BFF dari KL...Bayangkan sampai je di Langkawi saya ternampak mamat tu..mamat tu senyum je agaknya dia tahu saya akan excited setiap kali terserempak dengan dia. Then lepas tu, kami naik cable car dan cuba bayangkan sampai je puncak atas tu tengah bergambar..saya jumpa lagi mamat tu. Of course la kawan-kawan saya yg lain kenal juga. Tapi saya pendam je la kisah saya syok dan suka habis mamat tu.
Kesimpulannya dia ada add saya di FB (saya mula aktif FB selepas saya sibuk nak kahwin). Ada la chat kisah-kisah biasa dan dari FB saya tahu dia dah bertunang dengan budak kolej juga. After that dia ada wish tahniah selepas saya akad nikah. Wish pn PM d FB.
Hari ini saya tengok gambar kahwin dia di FB.. dia baru melansungkan perkahwinan dia..maybe selepas saya kot... Tetiba rasa sedih. Kenapa dia harus tidak tahu yang saya suka dia.. hehe.. Masa dia di Kolej saya ada cakap dengan dia dan sepanjang itu ..ikut ingatan saya tidak lebih dari 50patah perkataan pun. Selebihnya hanya lawan berbalas senyum je..
Apapun kepada dia(walau dia tak baca blog ni).. Tahniah ye sebab dah kahwin... Dan harap selamanya kamu tidak akan pernah tahu yang saya suka kamu..
Kepada Sha, jangan msg atau call tanya siapa mamat tu. Malu.LOL!
Staycation 3/2024 - Merton Hotel, Ipoh, LWOT
1 month ago
3 comments:
ouch! :D
fine! aku ingat hang minat ashraf muslim saja kat kolej..
hahaha...
Weh ingat tak mamat tu, kan kita jmpa sama2 d langkawi
Post a Comment