SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

17 September 2010

Teaser pre wedding part II

hai..Salam lebaran.Mood raya u all macam mana hari ini? Hari raya tahun ini adalah yang mengembirakan (walaupun masih terasa kehilangan nenek a.k.a ahli dalam rumah saya bekurangan). Kehilangan nenek baru saja 2 bulan. So amatlah terasa.

Yang gembira adalah kedatangan kawan-kawan ke rumah. Kebanyakkan reason adalah untuk meraikan tahun terakhir saya sempena saya MASIH BUJANG. Erkk!!. takutnya saya.
Diorang takut next year saya sudah berubah waktu untuk bersama dengan saya. Ye ke??? Maybe perubahan itu ada, tapi masih ada masa boleh diperuntukkan untuk kawan-kawan. Insyaallah.

Yang sedihnya...kawan-kawan rapat perempuan pula yang tak datang rumah. kawan rapat lelaki yang datang. Tapi saya sudah cuba usaha pergi beraya ke rumah kawan-kawan yang mana saya saya sempat pergi. Maaf pada yang lain.

Tahun ni raya... saya perlu bahagi masa untuk famili dan rakan seadilnya....Tapi mesti famili diutamakan. Apatah lagi, mereka juga nak luang masa yang EMAS ini kerana tahun depan status dan masa juga sudah berbeda..

Tapi dalam mood beraya dan semalam Hari SATU MALAYSIA sempat lagi saya menghabiskan setengah hari bersama OP untuk menyiapkan Pre wedding part II.


Sila abaikan sandle kami berdua. Sandle kami tidak akan terlibat di dalam gambar dari OP kami nanti =)
Gambar dua ini dirakam oleh anak buah saya yang berumur 8 tahun. Hehe


So, no more pre wedding photoshoot. Tunggu sesi pemilihan gambar untuk digunakan then bertemu OP untuk wedding yang sebenar. =)
Cuak!!

Prasaan saya ketika ini:

i- tak sabar nak post "save the date" disini
ii- tak sabar nak minta adress rakan-rakan yang sudi hadir nanti
iii- tak sabar nak register kahwin


2 comments:

NoRr said...

aween...sweetnya berbaju songket...u look soooo slim!

Darling Aween said...

Norr...itu kebetulan potongan baju tu mmg cntik,bukan badan yg so slim.:)