Awal pagi tadi FMIL call saya, she asking me " tak mau ucap hari ibu ke?". hehe. Sory, bukan tak mau ucap tapi rasanya ari ahad ni makcik. Btw, saya pun ucap pada dia then berlari turun bawah peluk ibu saya, dan cium ibu saya pulak. Unfair jika saya ucap pada FMIL saje hari ni. Padahal dah niat dan rancang untuk ibu saya pada ahad nanti. Biar balancae dan lebihkan ibu saye. yehee.
Untuk mak.
Dulu kedua ibu bapa saya adalah orang yang sibuk. Terutamanya ibu sebab dia seorang usahawan dan dalam masa yang sama aktif dalam politik. So masa untuk kami bersama adalah terhad. Kami selalu holiday ke sana sini tetapi masa berdua saya dan ibu amatlah terhad kerana masa saya lebih banyak dengan pengasuh saya 2 orang ketika itu. Ketika itu saya adalah anak bongsu. Walaupun pada umur saya 7 tahun saya dapat adik tetapi saya masih dilayan seperti anak bongsu. Sampai lah saya berumur 12tahun, suatu malam mak cakap dengan saya dibilik dia sambil menangis. Saya tanya kenapa? tahu mak saya cakap apa? mak saya berkata "kenapa saya lebih pentingkan mak saudara saya dan pengasuh2 saya?". Terkedu saya tidak tahu nak menjawab apa. Bayangkan tiap masa saya habiskan dengan orang lain, samada makan tengahari bersama mereka atau saya ikut balik tidur di rumah mereka.
Begitu sibuknya mak mencari rezeki membesarkan kami sekeluarga. Sekarang saya orang yang rapat dengan mak dan ayah. Sehingga tahun lepas baru saya tidur bilik saya sendiri. Sebelum ini, cuti semster je saya pulang ke Kedah dan tidur bersama mereka.
Sekarang saya menggantikan tugas mak saya. Maka saya adalah orang sibuk itu. Cuma bezanya saya belum masuk ke kancah politik (mungkin akan lebih sibuk??).
Dan setiap waktu saya pulang ke rumah pasti ada makanan untuk saya setiap masa. Samada sarapan, tengahari dan makan petang.
Terima kasih mak. Tidak tahu macam mana nak lalui kehidupan itu JIKA TIADA MAK D SISI.
SELAMAT HARI IBU WAHAI MAK KU.
IBU ADALAH ANUGERAH YANG TERAGUNG UNTUK KU
Staycation 3/2024 - Merton Hotel, Ipoh, LWOT
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment