SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

15 March 2010

AISEHHH!

Kadang-kadang saya tertekan. Amat tertekan. Dulu masa single, asyik tanya bila nak ada BF? Bila dah ada then putus, tanya pulak kenapa putus?Bila dah jumpa peganti, cakap pula "baik kahwin cepat japgi putus pulak". Then bila dah dah DIRISIK, tanya pulak bila nak bertunang??? atau "ala, kawin terus je". Then bila dah tunang, asyik tanya bila nak kahwin ???.

Jawapannya :

1) Saya tak minta untuk couple then putus. Segalanya ada hikmah. Kalo tidak, saya tak mungkin kenal erti kecewa dan yang penting saya tak mungkin belajar cara nak terus tabah dan kuat.

2) Bila saya ada BF, bukanlah HAK saya untuk ajak diorang kahwin. Samada belom sampai jodoh saya atau saya tidak sesuai untuk mereka dan sebaliknya. Cubalah fahami saya. semua perpisahan bukanlah kehendak saya. Ada alasan yang kukuh untuk setiap perpisahan dalam kehidupan lepas saya.

3) Saya tak nak berita risik saya orang tahu sebab masih terlalu awal. Lagipun masa tu, hubungan saya dan MR.Tunang amat lah baru. Saya pun terkejut dengan majlis risik itu. Segalanya berlaku amat pantas(mungkin dia adalah jodoh saya). Kami bukan bercinta hebat macam orang lain (bertahun-tahun). Sekarang pun hubungan kami belum sampai 1 tahun.

4) Bila bertunang barulah saya bersedia untuk bagitahu orang tetang ceritera kami berdua. Tetapi cuba fahami yang saya belum bersedia nak kongsi date kahwin saya. Sampai masanya, saya akan bagitahu. Jangan cakap yang bukan-bukan (doa benda yang tidak baik), cuma doalah agar kami berdua berkekalan.



P/S: walaupun orang-orang yang selalu tanya banyak soalan pada saya tidak mungkin baca blog saya. Tetapi ini adalah luahan saya. Sebenarnya banyak benda nak cakap, tapi demi menjaga keharmonian sesama umat ni, saya cuba lembutkan hati saya sendiri.=)

Tetiba masa nak buat entry ni, bergenang air mata sebab teringat banyak air mata yang mengalir laju, disebabkan kecewa, terluka, sedih dan pedih. Sekarang segala kisah lepas yang pedih itu hanya tinggal kenangan dan dijadikan pengajaran agar saya cuba menjadi lebih sempurna dan menjadi pengalaman yang indah untuk kehidupan lepas saya.

3 comments:

Hahn said...

tu lah...
agak2..
bila saya bleh kahwin???
ahahahah

Leonora Halim said...

takde kesudahan soklan tuh...
da kawen besok... bila nak beranak?
da beranak sok.. bila 2nd one? hmmmm...

jwb jelah... pastu tanya balik... "makcik tak nak kawen lagi?"

heeeeeee

A W E E N N Y E said...

hahn:blaja abis dulu, baru la kawin.gedix nye..hhuahua..

Leonora: tu la, memang pun .nama pun soalan.heee