SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

09 August 2011

Tentang raya 2011-1

Setelah badan saya membesar dengan jayanya(risau tau!! ingat saya happy ke dengan badan mcm ni??. tapi makan mcm sebelum kahwin je, badan tetap naik) , saya lansung tiada mood untuk beli baju raya. Apa yang saya tahu fikir yang penting untuk mak,ayah dan ibu mertua.

Untuk pertama kali dalam hidup, sejarah la kiranya..lansung saya tidak tempah baju untuk raya kali ni. Sekali dengan suami jadi mangsanya. Tapi sudah sediakan baju raya(tiada beading lansung) untuk diri sendiri dan suami(sememangnya tak logik nak letak beading, kalo Shahir rozita che wan tu ok la jugak) =P. Beli dah lama, kira sebagai baju raya ke macam tu ek? baju syaaban kot? hehe

Melalut pulak saya ni. Untuk ibu dah tempah. Untuk ayah belum, kakak nak belikan kot. Selalu mak yang sediakan semuanya untuk saya dan keluarga tapi tahun ni, first time saya nak sediakan untuk diorang. Tapi dua malam lepas kakak call, dia nak settle untuk ayah. Yeay!! best.

Untuk ibu mertua pula, sudah beli kan tadi untuk dua pasang baju. Untuk dia beli kain last minute pun saya tak risau sebab dia pandai jahit sendiri. Lepas sahur je sure bunyi mesin jahit. Kiranya dia lah yang paling banyak baju. hehehe. Sebab perkara yang dia suka beli kain dan jahit =)

Harini apa yang saya fikir duit raya..Sekarang ada dua keluarga kena bajet betol-betol. Jangan bagi sebab riak tapi bagi dengan penuh keikhlasan tau.

Untuk renungan diri sendiri:

* yg wajib terima duit raya adalah

mak, ayah, ibu mertua, nenek
anak buah 3 orang(mungkin sorang je, yg kecik dua org bagi baju lah hahaha)
adik
cousin(haikal)
cousin(hazazi)
cousin(anak pakcik-5orang) dengar kata makcik nak pregnant lagi..plss makcik, sudahlah ramai dah ni. hahaha
cousin sebelah suami(2orang)

yang bukan senarai wajib tu 50sen cukup kot =P

minta-mintala diorang tak baca blog ni. Kantoi la nanti diorang nak dapat 50sen. hihihi

Nak sampul duit raya dari saya tak? cuba teka ni, siapa paling cepat dia yg akan dapat sampul istimewa dari saya...

"perkataan apakah yang dieja salah di dalam kamus?"

3 orang pertama yang jawab betol akan dapat sampul istimewa dari saya.

jawapan perlu email tau, bukan tinggal diruangan comment

email ke :

aween_nodin@yahoo.com



4 comments:

dOdOt_ShyG said...

rinie dh email dh.. hehehe.. xtau btl ke x jwpnnye.. yg pntg dh cube!! hehehe..

Darling Aween said...

Dah reply ur email :)

Fariza said...

fariza sudah email. hik3

Darling Aween said...

dah reply.... =)yehaa