SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

16 February 2011

Penjagaan Muka Selepas Kahwin

Muka saya bukanlah jenis sensitif cuma muka cepat hitam jika terkena panas dan ada ketuat (lebihan kolestrol) mungkin disebabkan keturunan. Dulu masa belajar, saya ada buat kaedah laser. Alhamdulillah ketuat berkurangan tapi macam dah tumbuh balik jew(memang doktor sudah beritahu laser bukanlah untuk hilangkan ia secara kekal).

Masa sekolah menengah hingga semasa saya diploma saya lebih selesa menggunakan Loreal. Semasa menggunakan Loreal muka saya tidak cepat hitam/gelap seperti semasa saya di sekolah. Tapi pada suatu masa(semasa saya buat degree) jerawat yang kecil-kecil naik banyak sangat pada dahi saya. Saya sangat-sangat tidak selesa. Akhirnya saya mencuba set di bawah
Saya pakai set lengkap tetapi serum saya guna dari UV whitening Shiseido(sehingga sekarang). Amazing! memang jerawat kat dahi saya hilang semuanya tetapi warna kulit masih seperti biasa. Tidak cerah dan tidak gelap.

Selepas saya sudah habis belajar saya tukar guna set ini. Memang RECOMMENDED! Selepas guna set ini, ramai juga yang tegur(first time tau ramai yg tegur pasal kulit muka saya). Pada mulanya saya tak perasan tapi selepas ramai yang tegur saya dapat rasakan semakin berseri dan cerah(bukan lah cerah macam produk-produk kosmetik tu). Cerah secara semulajadi dan kulit terasa lebih anjal dan tegang. Jerawat memang susah sangat la nak naik walaupun sebiji semasa saya pakai produk ni. Hampir 2tahun saya menggunakan produk ini.


Sebulan sebelum kahwin saya cuba produk ni pula
Sebab apa saya gatal nak cuba?? mungkin sebab nak putih lagi kot. Biasala perempuan kan tak pernah puas...Ikut nafsu yang ntah apa-apa nih. Saya dapat rasakan macam tak sesuai dengan kulit muka saya. Sampai selepas saya kahwin, mungkin sebab pertukaran hormon. Ya Allah, muka saya sangat-sangat teruk. Jerawat kecil tumbuh pada tempat tertutup semasa saya pakai tudung(pada pipi saya). Memang teruk, whiteheads memang sangat-sangat banyak pada kulit muka saya. If saya on the phone, whiteheads tu boleh melekat banyak kat HP saya. Memang tertekan sangat-sangat. Sakit pulak tu!!. Saya memang tertekan, nak kuar jalan-jalan pun takde mood. Mak dan mak mertua nak bawa kami jalan ke rumah sedara mara pun saya jadi malas.

Akhirnya penyelesainnya saya guna produk ini..Saya memang tak sedar yang kakak saya ambil pakej pulihkan muka dia yang berjerawat tu pun rupanya dibekalkan/dipaksa beli produk ini JUGA oleh tempat Skin Solution tu.



Selepas dua hari saya cuba pakai Biotox Cleanser dan Refining Cream (INI SAHAJA) memang berkesan. Whiteheads terus lari!!! Selepas dah berkesan macam tu, saya beli tambah Vital 7. Memang vital 7 membantu menegangkan kulit, cerahkan kulit, menghilangkan parut jerawat dan jerawat. Saya cuba letak ditempat jerawat yang baru nak tembuh tapi jerawat tu terus tak jadi nak tumbuh. Memang best!! Toner juga perlu digunakan.

Sekarang kulit saya sudah back to normal!

gambar: sember dari Cik Google

1 comments:

Daish Hamzar said...

bape ringgit set biotok sume tu..?