Anda minat tak AJL? Dulu saya ada lah peminat setia rancangan itu tapi since sambung belajar sehingga sekarang kesempatan nak mengikuti rancangan tu amat terhad. So, 5 tahun kebelakangan ini hingga semalam saya hanya menonton AJL sahaja(peringkat final). Apa yang jadi semalam? terlalu hambar. Kemeriahan tidak ada seperti yang di war-warkan di TV. Baik dari pentas, pihak pengacara(aura sudah hilang) seperti terlupa sesuatu dan tidak bersemangat. Saya tak nak komen tentang peserta sebab masing-masing ada citarasa sendiri walaupun saya begitu terkejut dengan pemenangnya. Cukupla saya komen tentang hal lain.
Pengacara...mungkin sesuatu boleh dilakukan oleh diorang. Bayangkan lawak tidak menjadi untuk tempoh 1 jam setengah yang pertama. Rancangan sudah nak habis baru la lawak itu menjadi. Tambahan dengan muka Cheryl Samad yang blur. Saya tahu kalian LEBIH BAIK pada tahun lepas.
Apa yang saya paling suka?? Saya paling suka persembahan penyanyi-penyanyi jemputan. Paling meninggalkan kesan pada saya adalah persembahan Nash, M.Nasir dan Siti Nurhaliza.
Itu yang mantap.
Oh ya terlupa...cara persembahan TOMOK, FAIZAL TAHIR, HAFIZ cukup memberi hati penonton terkesan.
Tahniah kepada semua.
Semoga tahun hadapan akan memberi impak yang lebih bagus.
Sumber gambar: google
Staycation 3/2024 - Merton Hotel, Ipoh, LWOT
1 month ago
0 comments:
Post a Comment