SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

21 December 2010

Mas Kahwin untuk apa?

Dulu selalu fikir, mas kahwin nak guna untuk apa...since saya tak nak campurkan wang hantaran dan mas kahwin. bila google asyik jumpa benda yang sama tentang mas kahwin. Iaitu:

"duit mas kahwin dibayar untuk tujuan pengantin perempuan sahaja
dan duit mas
kahwin halal dibelanjakan sama ada untuk makan serta penggunaan berbentuk lain
oleh pengantin perempuan..hukum akan jadi haram jikalau pengatin lelaki
menggunakan duit tersebut.."

Kenapa saya google?.. Sebabnya saya keliru, dulu masa belajar ada ustazah pernah cakap duit mas kahwin seeloknya buat barang kemas untuk pengantin perempuan. Tidak kira la, semasa upacara akad nikah atau selepas kahwin. Ye ke macam tu?

Tapi ada juga yang dah bagi siap-siap dalam bentuk set barang kemas disertakan dengan nilai emas tersebut semasa upacara akad nikah.

Macam saya, merisik kebetulan kejutan cincin, tunang memula rantai tangan tetiba ada juga cincin sekali, kahwin memang nak cincin toink-toink. Lepas tu takkan nak set barang kemas time tu juga. Boring. Lepas tu hubby decide. Mas kahwin macam mana pun kena buat juga set barang kemas. Tapi ada kelonggaran sampai jumpa yang saya berkenan. Tahun depan hope ada yang berkenan.

Hantaran pula.. terus buat investment. Harap 5-10tahun lagi, ada yang berbaloi. insyaallah.

Saya teruja untuk kawan saya sebelum kahwin dah beli rumah. Sekarang tengah buat persiapan hias rumah, set perabot, dapur(ko kan suka masak). Nanti leh aku pegi condo ko, masak hebat-hebat untuk aku. Tapi saya??? ayah asyik cakap jangan beli rumah, dia suruh beli tanah je. Wuaaaa! But from hubby we all dah deal bila dia akan settle for our house. Harap Allah s.w.t merestui impian kita. AMIN

Sekarang hebat lepas kahwin stay dengan parents. Sekejap umah mertua, sekejap umah parent sendiri. Hikhik! Bahagia ke?? Rasa macam stay hotel. Sekejap check in sana, sekejap check in sini. =)



Terima kasih sebab sudi baca entry ini!

1 comments:

Anonymous said...

Hukum mahar wajib

Hukumnya adalah wajib berdasarkan dalil ayat Al-Quran:
“ " Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. " - (Surah An-Nisaa’: 4)[1] ”
Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri.