SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

28 May 2010

Senyum Seindah Suria



dear all...
just rasa nak beri sedikit komen sedikit pasal entry di http://dreamsforwedding.blogspot.com, title adalah ramblings.
Pasal layanan pengantin ketika majlis kahwin. Saya selalu terfikir macam mana kalo saya jadi perantin(pinjam sis ederq punya words) nak layan tetamu yang datang dengan gembiranya. Bukan apa, takut tak terlayan semua tetamu kerana saya pernah merasai beberapa situasi.

situasi pertama: Masa wedding abang dulu tetamu yang hadir 10,000orang memang tak boleh ambil kira sebab saya masih kecil, darjah satu. Tapi apa yang saya ingat sampai petang abang memang tak dibenarkan salin baju biasa, dan stay je di tempat pengantin untuk jumpa tetamu.Cumabila ada masa, baru abang dan kakak ipar dengan baju pengantin keluar jumpa orang kampung yang bertungkus lumus bertugas d hari kenduri mereka.

Situasi kedua: Masa kenduri kakak tetamu 6000 lebih(masa resepsi di rumah). Masa ni saya memang merasainya.Saya ke hulu hilir bantu macam-macam hal. Menjaga pengantin, menjaga kawan-kawan pengantin yang datang dari KL. Saya juga perlu senyum kepada tetamu yang hadir, menyambut kedatangan mereka. TAPI MAAF. SAMPAI JE PUKUL 4ptg, serius saya punya pipi memang dah tak mampu nak senyum. Saya terlalu penat sangat. Gilaa. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Saya sampai tak larat nak bercakap dah dengan orang lain. Saya bagitau prasaan saya la. Mak saya lagi best. Dia siap masuk tido masa tengahari =). Acara pulak sampai pukul 12malam. Mujur lepas mandi time maghrib tu rasa segar semula.


Kakak. Paling klasik, cincin itu adalah cincin nenek kahwin dulu.dipaksa pakai

Situasi yang lain : Saya selalu pegi wedding orang. Saya alami benda ni. Si pengantin akan layan orang yang dia kenal sahaja. Orang yang dia tak kenal dia akan buat tak tahu saja. Pada pendapat saya, sila lah senyum juga. Bebesar la sedikit hati anda, kerana ada yang datang meraikan hari besar anda.

So saya fikir sebelum kenduri, kena rilexkan minda selalu 1 minggu kot. Untuk rilexkan urat-urat di pipi. Dan senyum kepada siapa saja walaupun tak kenal.

2 comments:

Leonora Halim said...

aweennnn!!!!! rindu blogwalking nih... :)

merujuk kepada tajuk... ya... kpd B2Bs, tlg senyum spjg masa and pegi dari table ke table utk berjumpa semua org... :) walaupun penat yang hamatsssss.....

Darling Aween said...

leo..suka sangat tgk all ur pic.senyum je memanjang.i harus blaja itu dari u..jeng..jeng...