SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

10 January 2010

pesanan buat my MR.tuNAng

Kepada pesangan pengantin terutama lelaki, adalah di haruskan solat sunat selepas selesai mengangkat akad nikah. Hey, encik tunang, pls take note ye.

Sumber wikipedia: Solat sunat Nikah adalah salah satu solat sunat dan boleh dilakukan sebelum dan selepas upacara nikah.

Solat sunat sebelum nikah ini dilakukan sebelum majlis akad nikah.bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat.


Cara untuk mengerjakannya ialah:
berniat dengan lafaz niatnya:

“Usolli sunnatal ‘ursi rak’ataini lillahi Ta’ala.AllahuAkbar”

rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun

rakaat kedua:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

Solat sunat selepad nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru selesai diakad nikahkan dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan solat sunat ini, terutamanya lelaki.

Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat, dan bolehlah diikuti dengan sujud syukur.

Cara untuk mengerjakannya ialah:
berniat dengan lafaz niatnya:

“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“
sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

Rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun

Rakaat kedua
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

Selepas selesai, baru la molek pergi kepada isteri baru, cium tangan ke cium dahi ke, tukar mas kahwin.

0 comments: