SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

01 April 2011

Kehilangan Kawan Baik


Maafkan saya jika lama saya menghilang dunia dari dunia blogging. Ada sebab dan saya sungguh sibuk kebelakangan ni. 16 MAC-20MAC baru-baru ini saya ke KL sebab urusan penting iaitu untuk bersama dengan kawan baik saya pada hari bahagianya. Saya ke sana bersama suami tapi saya tinggalkan suami untuk semalam sahaja dan saya luang masa untuk tidur dengan kawan saya sebelum dia begelar isteri orang. Percintaan mereka lama..segala ujian dan dugaan yang mereka harungi akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.

Gambar dessert table saya letak sebab saya yang hias. Oh sukanya saya.

Selamat pengantin baru Nasyrah dan Hamdan.

Nota untuk Sha:

Air mata aku jatuh bederai laju semasa ko tengah bersiap nak akad nikah. Tapi bederai laju di dalam hati hingga akhirnya tumpah ketika ko memeluk tubuh ibu ko dan ibu mertua ko... Sedih. Rasa macam aku akan hilang sahabat yang paling baik untuk aku. Walau kita jauh tapi kalo aku ada masalah pasti ko tau walau belum sempat aku membuka cerita. Baru aku faham bagaimana perasaan ko (sedih) semasa aku nak akad nikah. Aku masih ingat SMS yang ko hantar pada pagi hari aku nak akad nikah.. ko cakap ko sedih.

Harap persahabatan kita akan kekal hingga ke hari tua kita.

Ko jangan sedih tau nak packing baju untuk pindah ke rumah baru ko. Hamdan lelaki yang paling bertanggungjawab untuk ko. Selama ini, dari zaman bercinta hingga sekarang...aku tau betapa dia MENJAGA ko. Insyaallah dia mungkin terbaik dan sebaik ayah menjaga ko.. AMIN

Ko sangat cantik pada hari akad nikah..aku suka gilaa...!

0 comments: