


Perjalanan meeting untuk majlis perkahwinan saya..dimulakan dengan ucapan aluan ayah saya. Ayah telah mengumumkan tarikh kenduri agar orang kampung @ orang yang akan terlibat dengan kerja kenduri tahu. Meeting telah memutuskan untuk mewujudkan beberapa team. Antaranya:
- orang yang akan mengagihkan kad kahwin dan seterusnya menjadi wakil tuan rumah untuk menjemput seluruh penduduk kampung dan kenalan masing-masing
- memperkenalkan ketua tukang masak dan menyerahkan ketua ini untuk mencari ahli-ahlinya. Ada 2 ketua iaitu lelaki dan perempuan since kenduri di rumah melibatkan 5 hari. Mereka berdua dipertanggungjawbkan untuk memasak dan memastikan lauk-pauk siap dan mengikut menu yang ditetapkan untuk setiap hari.
- lantik bendahari untuk mengagihkan duit upah yang telah diamanahkan oleh ibubapa saya
- team untuk membuat pentas untuk acara live band & ghazal parti.
- siapa penyambut tetamu
- siapa jaga khemah vip(memastikan pinggan mangkuk mencukupi dan bersih dari berada atas meja)
- siapa jaga khemah yang lain-lain(memastikan pinggan mangkuk mencukupi dan bersih dari berada atas meja)
- siapa yang akan menjaga beberapa gerai makanan seperti cendol & laksa
- siapa yang akan menjaga kebersihan
- siapa yang akan menyembelih lembu
- siapa pengacara majlis
0 comments:
Post a Comment