SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

07 February 2011

Bagaimana nak tentukan warna tema?



Sejak kebelakangan ini saya selalu menghadiri majlis perkahwinan dan ada juga ketika saya di tanya bagaimana nak tentukan warna tema atau warna baju yang sesuai untuk dipakai.
Apa yang saya akan tulis ini adalah berdasarkan pengalaman saya tapi jika ada yang tidak setuju..saya tidak apa-apa. =)

Jika boleh bawa pasangan jumpa dengan designer. Dari situ, designer atau wedding planner boleh bagi pendapat.

Contoh situasi saya..saya nak sangat tema biru muda atau turquoise tapi bila WP(kiranya yang banyak nasihat saya) bagitau bakal suami(ketika itu) memang tidak sesuai pakai baju warna biru. Itupun setelah saya bawa gambar yang ketika suami memakai baju warna biru. So dari situ, keputusan dibuat memang tidak sesuai.

Lepas tu saya pening..selain dari pink muda(nak digunakan disebelah lelaki), warna apa lagi yang nak digunakan..Kebetulan ada satu hari saya dan hubby ke butik WP dan hubby pakai kemeja kerja warna light purple. Masa tu terus WP jerit..."inilah warna yang sesuai". So baru saya setuju. Warna grey pun saya teringin tapi macam tak berapa sesuai sbb hubby saya agak gelap.

So saya guna warna light purple sedikit sahaja (agar kulit hubby tidak terus tenggelam =p) dan lebihkan warna off white untuk baju Mr.A(saya yang design) dan tailor juga setuju.





Nasihat saya, jangan suka hati nak guna warna itu, warna ini sehingga membelakangkan warna kulit kita atau bakal suami kita sebab kita adalah si pemakai baju raja dan ratu sehari tersebut..Takut tenggelam seri pengantin.

Kemudian selepas dah tentukan warna yang sesuai untuk bakal pengantin..barulah kita tentukan warna apa yang keluarga kita akan pakai. Baju pengantin jangan SAMA dengan keluarga. Biar ahli keluarga pakai warna lain. Tips yang saya ingat sampai harini, jika nak guna warna biru jangan biar ahli keluarga kita pakai biru sebab biru makan gambar dan meneggelamkan pengantin tetapi akan nampak cantik jika kita pakai putih. Putih tidak akan ditenggelamkan dengan warna biru dan warna lain.

Atau designer mahupun tailor boleh lebihkan manik dibaju agar pengantin lebih menonjol.
Pengantin diingatkan JANGAN memakai baju warna sama dengan scallop khemah dan langsir. TIDAK SESUAI.

Ini tips dan pendapat dari saya. Kepada sesiapa yang membaca jangan rasa tertekan jika anda sudah punya warna pilihan. Paling penting hati kita ikhlas dan gembira semasa kita menjadi raja sehari.

Kepada bakal raja dan ratu sehari yang berkulit putih sememangnya warna apa saja memang sesuai =)

0 comments: