SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

30 January 2011

SURAT UNTUK "N"

Boleh ke saya buat surat untuk si N??? Ada orang nak saman tak?

sebagai peminat yang tidak berapa nak fanatik...tapi saya memang minat kesungguhan kamu untuk bangkit semula.

Saya bahagia dan gembira dengan apa yang berlaku sekarang. ALLAH s.w.t itu Maha Adil. Kebenaran memang terbukti. Bertuahnya kamu N kerana dilahirkan sebagai orang yang bernama N.

Setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Walau jodoh kamu N dan J tidak kekal... Tapi dengan kehadiran anak, sedikit sebanyak kasih sayang itu masih kekal walau tidak banyak tapi sedikit masih ada. Sekarang mungkin masa yang tepat.. si J sudah dapat cahaya untuk sedar dan melihat apa yang sepatutnya dia sedar selama ini. Mungkin Matanya buta , minda tidak dapat berfikir dengan rasional dan hati tidak dapat menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata. Sekarang dia dapat berfikir.

Saya harap minggu ini akan jadi minggu terakhir untuk N kupas dan menjelaskan segalanya kepada pihak media. Harapan saya agar pada minggu hadapan jangan lagi di sebut hal ini. Sebab kalo terlebih cakap orang akan pandang ia dari sudut yang lain pula.

Saya gembira melihat gambar-gambar N semasa melancong... Sudah pasti gambar-gambar tersebut diambil oleh adik-adik ipar kamu yang comel..bukanlah kamu sendiri yang setting minute untuk camera click gambar kamu berdua... Ini membuktikan betapa bekas keluarga mentua kamu memang sayang akan kamu. Besyukurlah. Memang bertuah kamu dilahirkan sebagai N.

Saya ada kakak ipar.... Dari saya kecik, memang saya dapat menilai betapa sayangnya kedua ibubapa saya kepada menantu mereka...walau ada ketika ibu saya sememangnya MEMIHAK kepada kakak ipar saya jika abang saya a.k.a anak sendiri mereka yang salah. Kasih sayang ibubapa saya kepada kakak ipar saya dan cucu-cucuk (anak sedara saya) tetap utuh dan sentiasa berkembang.

Jika sudah tertulis sememangnya J bukan jodoh kamu(saya rasa N sudah lama terima hakikat ini) @ J masih jodoh kamu (semua ini ketentuan)..carilah jodoh yang terbaik untuk diri kamu N.

Doa saya agar NORA DANISH akan bertemu dengan seseorang yang akan menyayangi dirinya dan akan bahagia kekal hingga akhirnya. Semoga segalanya dipermudahkan dan kamu N tidak akan terus hanyut dibuai kerenah populariti dan masyur.AMIN

Semoga kamu berjumpa kebahagiaan untuk diri sendiri.

Maafkan saya andaikata, ada yang tidak aman dengan surat ini. Ini hanya lahir dari hati saya.

Ikhlas,
surat dari peminat dan sahabat sesama muslim.

6 comments:

Leonora Halim said...

Surat utk F....

ada mak kesah 18hb kerr.... 2 bulan lepas kerrr.... J lompat helikopter ker... lantak ko lah!

dari,
N

hehehheheh..... :)

Xora said...

LIKE comment Leonora diatas :P

Cik Puan Fia said...

bak kata nora..yang penting kita enjoy...i like nora

A W E E N N Y E said...

leo:

saya pun tak kisah walau kamu masih menyimpan sms dari Jepun tu...janji hidup saya happy

xora: like too

fia: heeee

Leonora Halim said...

list sume neh... BBM la.. sms la... call log la... perlu kerrrr???? clash tetap clash kan.. ahahhahah <---- gelak jahat!

A W E E N N Y E said...

agagaga
tolong terima hakikat..
kalo dia buktikan gambar or msg diorang yg masih couple sekarang bagus la jugak