SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

06 March 2011

Shopping Barang Kahwin







Ujung bulan 7 tahun lepas...kiranya sebelum kahwin. Saya,suami, mak mertua dan seorang mak sedara sebelah suami telah ke KL sebab nak settle beberapa hal kahwin. Paling penting nak settle hal baju.

So hari pertama sampai kami ditemani kakak dan abang ipar(sebelah saya) ke Nilai. Tiada benda yang menarik perhatian saya pun, sampai kami dah nak keluar dari situ (kami hanya stay sana 1jam) saya ternampak satu kedai ni sungguh cantik. Sori saya tak ingat nama kedai tu. Mujur la saya singgah di situ sebab saya jumpa limited edition bunga telor yang sesuai dijadikan bunga pahar. Memang kat kedai lain tak di jual. Masa saya pegi tu memang diorang sedang buat bunga tu. Sambar la apa lagi. Kena dengan citarasa saya yang suka benda comel dan simple. If ada masa saya akan letak picture bunga itu ye =)

Hari kedua menuju ke Jalan Tar membeli baju pengapit lelaki,baju untuk petugas-petugas di meja VIP, kain untuk buat baju resepsi suami di Kedah(Jakel) dan cadar bilik pengantin di Perlis. Memula cadar bilik pengantin di Perlis beli di Sogo tapi end up pegi Jakel jumpa yang lagi bekenan dengan mata hati sebab putih =). Perlu ke saya yang pilih?? Kuasa sudah diberikan kepada bakal menantu ini(ketika itu) untuk pilih.YAHUU!

Petang hingga lewat malam kami ke Pavillion untuk sesi memilih cincin kahwin. Balik rumah kakak dulu .......fikir betol atau tidak keputusan nak beli tu. So keesokkan hari pegi lagi untuk beli cincin tu sebab hati dah suka. Mak mertua pun cakap dia suka. So kat sana beli juga handbag dan beberapa barang make up untuk dijadikan hantaran. Barang make up saya suruh suami beli apa yang dah habis je. Maknanya yang mana ada lagi tu tak payahlah beli. Buat apa nak membazir. Time ni memang best sebab ramai yang ikut serta. Bayangkan mak mertua, mak sedara(sebelah suami), kakak suami, kakak saya dan suami, adik saya dan aweknya. hehe..Ramai tak yang tolong bagi pendapat masa nak beli barang??? Syok sangat!

Lepas itu pegi The Garden untuk beli wallet dan belt untuk hantaran kepada suami. Tapi hanya jumpa Belt sahaja yang berkenan so wallet putuskan untuk beli dekat cawangan Mont Blanc di Penang pula.

Esok tu ke Sungai Wang ...jumpa kasut untuk resepsi sebelah siang d Alor Star. Then terus ke KLCC ..filnally dalam I Setan jumpa kasut merah darah untuk Resepsi malam.

Memang pack aktiviti time ini.

Banyak kali ke KL settle macam-macam hal untuk kahwin...tapi entry ini hanya becerita hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti semasa kami pergi ke KL semasa gambar-gambar di atas diambil.


-Maaf entry beli barang kahwin terlalu lambat untuk post..sehingga kawin sudah berbulan. Sebab saya baru jumpa gambar-gambar ini dan memang niat dalam hati, lepas kahwin baru nak post.

0 comments: