SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

06 March 2011

Meeting untuk kenduri



Jika kenduri di kampung dengan istilah "pakatan" di Kedah dan sebelah KL "rewang" haruslah ada meeting pada 2minggu atau sebulan sebelum acara perkahwinan itu berlansung. Meeting untuk majlis saya telah berlansung pada 101010. Tujuan meeting ini adalah untuk mengagihkan tugas supaya acara berjalan dengan lancar.

Perjalanan meeting untuk majlis perkahwinan saya..dimulakan dengan ucapan aluan ayah saya. Ayah telah mengumumkan tarikh kenduri agar orang kampung @ orang yang akan terlibat dengan kerja kenduri tahu. Meeting telah memutuskan untuk mewujudkan beberapa team. Antaranya:

  • orang yang akan mengagihkan kad kahwin dan seterusnya menjadi wakil tuan rumah untuk menjemput seluruh penduduk kampung dan kenalan masing-masing
  • memperkenalkan ketua tukang masak dan menyerahkan ketua ini untuk mencari ahli-ahlinya. Ada 2 ketua iaitu lelaki dan perempuan since kenduri di rumah melibatkan 5 hari. Mereka berdua dipertanggungjawbkan untuk memasak dan memastikan lauk-pauk siap dan mengikut menu yang ditetapkan untuk setiap hari.
  • lantik bendahari untuk mengagihkan duit upah yang telah diamanahkan oleh ibubapa saya
  • team untuk membuat pentas untuk acara live band & ghazal parti.
  • siapa penyambut tetamu
  • siapa jaga khemah vip(memastikan pinggan mangkuk mencukupi dan bersih dari berada atas meja)
  • siapa jaga khemah yang lain-lain(memastikan pinggan mangkuk mencukupi dan bersih dari berada atas meja)
  • siapa yang akan menjaga beberapa gerai makanan seperti cendol & laksa
  • siapa yang akan menjaga kebersihan
  • siapa yang akan menyembelih lembu
  • siapa pengacara majlis

0 comments: