Pukul 10.30 saya sudah di make up kan.
Pukul 12.30 Pihak lelaki sudah tiba. Rombongan makan dahulu sebelum acara bermula.
Selepas itu tetamu masuk ke dalam rumah.
Saya di bawa turun oleh Kakak Ipar dan Kakak Saya.
Terus saya jumpa bakal ibu mertua dan bersalaman dengan sedara mara dari pihak lelaki.



Lihatlah reaksi saya SEBELUM di PELUK OLEH AYAH(dah mula sebak)


Usah pelik melihat gambar di bawah, gadis pengiring ikut sama menangis. =(. Dia sedih sebab mak sedara kesayangan konon kahwin nak tinggal dia. hehe. tapi saya bertambah sedih sebab saat ni bukan dia saja yang menangis, boleh dikatakan kebanyakkan famili saya ikut menangis.

Pengacara majlis memulakan acara.Berdebarkah bakal suami saya ketika ini??

Acara dimulakan dengan acara menjemput IMAM BESAR MASJID ZAHIR untuk mempedengarkan Ayat-ayat suci Al-Quran. Nama beliau Sheikh Roslan Halim. Dia cakap surah ini selalu dibacakan sebagai doa pada kenduri kahwin di negara-negara Arab.


Acara akad nikah diteruskan. Ada soalan "tahukah gantung tidak bertali itu apa"? Inilah soalan Tuan kadi kepada bakal suami saya.

Bila sesudah akad nikah saya siap senyum ke telinga. Sampai anak buah kata "first time tengok anak dara senyum sampai telinga lepas akad nikah... anak dara selalunya nangis". hahaha. lawak


Hantaran yang diberi pada suami adalah cincin dan mini sirih junjung.
Sumber gambar: dslr adik
Kisah kahwin akan disambung pada bulan Januari 2011.
4 comments:
so touching bab2 nanges tu..bergenang jgk la mata ni...congrats ya..
nurul^fikri
mmg touching...sedih utk hubby juga sebenarnya.tq dear
sy xtau mcmana majlis nikah sy sbb mak baru meninggal masa puasa yg lepas dan kenduri sy akhir bln 1 nanti. dan bakal suami masih punya kedua ibubapanya...
smpi skrg sy xtau apa yg bakal sy rasa nanti.
-ada-
ada..
pinjam kasih syg bakal suami bersama kedua ibu bapa dia untuk dijadikan kekuatan kamu.
Selebihnya senyum sajaa utk pastikan hari ADA berjalan dgn sempurna dan gembira.
Al-Fatihah untuk ibu ADA.
Post a Comment