SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

11 May 2012

Hati-hati time nak bersalam

Life ada turun naik..Bukan soal lain melainkan soal perasaan.  Yes, saya sedih bila tengok org tu pregnant, orang ni pregnant.  Orang tu bergambar dengan anak-anak, tapi apa aku hado?? non hado..
Sedih. Sigh!
Takde mood lansung nak update blog.

Harini cuma nak upate info untuk dikongsi dengan semua muslimin dan muslimat =)

 Perempuan

Lelaki

P/S: jangan lupa shopping  DISINI.



23 April 2012

PERLINDUNGAN sekarang dan masa HADAPAN


For more details do contact Akmal Roslan at 019-4578687

free consultant ye...if korang berada di Perlis, Kedah dan Penang lagi senang jika kami dapat face to face dengan korang.

jika sakit TIDAK akan menganggu duit simpanan korang
sakit kami lindungi, sihat kami beri ganjaran

18 April 2012

DUIT: bayar hutang atau simpan?

Walaupun terdapat banyak maklumat yang boleh diperolehi mengenai pengurusan wang, kebanyakan daripada kita masih lagi tidak dapat merancang kewangan dengan baik. Statistik menunjukkan bahawa hutang kad kredit rakyat Malaysia berjumlah hampir RM25 bilion (setakat Mac 2010). Situasi ini sememangnya merisaukan dan isu kepentingan menyimpan duit dan membayar hutang sepatutnya menjadi satu perkara yang dititik beratkan oleh semua lapisan masyarakat.

Persoalannya, dengan pendapatan yang terhad, apakah kita patut menggunakan duit gaji untuk membayar hutang sedia ada atau wang itu sepatutnya disimpan? Mana satu perlu didahulukan? Yang mana satu patut menjadi keutamaan? Membayar hutang atau membuat simpanan?

Ini adalah keputusan penting yang harus dibuat kerana walaupun mempunyai akaun simpanan adalah satu cara untuk merancang masa depan, tetapi menjadi bebas hutang adalah strategi yang sangat berkesan bagi mencapai kedudukan kewangan jangka panjang yang stabil. Pada akhir artikel ini, anda akan dapat mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu mencari keseimbangan antara menyimpan duit dan membayar hutang.

Langkah #1: Wujudkan Dana Kecemasan

Sebelum anda membuat keputusan sama ada untuk meyimpan duit atau menjelaskan hutang, langkah pertama yang harus dilakukan adalah membina dana kecemasan terlebih dahulu. Dana kecemasan secara amnya merujuk kepada wang yang disimpan untuk digunakan ketika anda betul-betul memerlukannya. Ini sepatutnya menjadi matlamat simpanan anda yang paling utama. Setelah itu, barulah anda menyimpan untuk pembelian rumah, pendidikan anak dan juga persaraan. Tidak kira sama ada anda seorang yang baru ingin menyimpan duit atau sudah mempunyai simpanan yang banyak, mempunyai sejumlah wang yang mencukupi dalam dana kecemasan akan memberikan ketenangan fikiran kerana anda sudah mempunyai perlindungan yang sewajarnya.

Dana kecemasan adalah penting kerana sekiranya menghadapi masalah seperti kehilangan kerja, ditimpa penyakit, kereta rosak dan sebagainya, anda tidak perlu berhutang. Denganini, situasi kewangan anda tidak terlalu terjejas walaupun menghadapi kesukaran seperti di atas. Ingatlah bahawa dana kecemasan ini harus digunakan dalam keadaan yang terdesak sahaja dan bukannya untuk percutian, membeli barang kesukaan atau “kehendak-kehendak” yang lain.

Jadi berapakah jumlah dana kecemasan yang harus anda disimpan? Kebanyakan pakar kewangan mencadangkan bahawa anda menyimpan sebanyak tiga hingga enam bulan daripada perbelanjaan bulanan. Apabila gaji meningkat, tambahkan jumlah simpanan dana kecemasan supaya anda sentiasa memiliki simpanan sebanyak enam bulan daripada perbelanjaan bulanan. Akhir sekali, sentiasa tambah semula dana kecemasan jika anda telah menggunakannya.


Langkah #2: Langsaikan Hutang Anda

Setelah mempunyai simpanan dalam dana kecemasan, kini masanya untuk mengalihkan perhatian kepada teras masalah anda iaitu HUTANG. Oleh kerana gaji yang terhad, anda perlu menggunakan sebahagian atau semua duit yang dahulunya disimpan dalam dana kecemasan untuk membayar hutang.

Bagaimana pula dengan simpanan? Ia mungkin bukan satu tindakan yang bijak untuk menambah lagi duit simpanan apabila anda masih mempunyai hutang. Kebanyakan hutang mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi daripada akaun-akaun simpanan biasa di bank. Dengan itu, anda sebenarnya kerugian lebih banyak duit daripada hutang tersebut berbanding duit yang diperolehi daripada akaun simpanan.

Contohnya, katakan anda mempunyai RM6,000 dalam sebuah akaun simpanan dengan pulangan 2% setahun dan hutang kad kredit sebanyak RM3,000 dengan kadar faedah 18% setahun. Berapakah jumlah duit anda selepas lima tahun? Jawapannya adalah sifar – anda akan hilang kesemua simpanan dan masih lagi berhutang RM200 kerana hutang akan meningkat kepada RM6,800, manakala simpanan hanya bertambah sebanyak RM600.

Satu lagi pilihan adalah untuk melaburkan duit tersebut. Sekiranya produk pelaburan itu memberikan kadar faedah yang tinggi, anda boleh mengunakan keuntungan yang diperolehi untuk menjelaskan hutang sedia ada. Akan tetapi, ambil perhatian bahawa pelaburan mempunyai risikonya tersendiri dan anda mungkin mengalami kerugian. Ini bergantung kepada tahap risiko sesuatu produk pelaburan pilihan anda.

Walaupun memilih untuk melabur, matlamat utama anda masih lagi untuk menjelaskan hutang. Maka, hutang mana yang harus dijelaskan dahulu? Biasanya, hutang dengan kadar faedah yang paling tinggi seperti kad kredit, pinjaman peribadi dan pinjaman kereta harus dibayar dahulu. Biarkan pinjaman perumahan dan pinjaman pendidikan sebagai yang terakhir kerana pinjaman-pinjaman sebegini biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih rendah dan dianggap sebagai “hutang yang baik”.

Langkah #3: Fokus pada Masa Depan

Setelah menjelaskan hutang-hutang yang penting, anda bolehlah kembali memberi perhatian kepada usaha untuk meningkatkan simpanan. Ketepikan sejumlah wang setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan anda (ini juga dikenali sebagai prinsip “bayar diri sendiri dahulu”). Jika majikan membenarkan pemotongan gaji bulanan secara automatik, ambil peluang itu agar anda tidak terlupa untuk memindahkan duit tersebut.

Setelah itu, inilah masanya untuk mula melihat kepada peluang membuat duit berkerja untuk anda iaitu dengan melaburkan duit yang ada. Anda boleh menggunakan sebahagian daripada wang simpanan untuk dilaburkan dan membantu menghasilkan pulangan. Produk pelaburan yang dipilih bergantung kepada objektif pelaburan dan toleransi risiko anda. Akhir sekali, sentiasa awasi pelaburan untuk memastikan ia sejajar dengan matlamat anda.

Dengan ketiga-tiga langkah yang telah disebutkan, anda kini tahu bagaimana untuk mula mencari keseimbangan antara menyimpan duit dan menjelaskan hutang. Ingatlah bahawa menyimpan duit, melabur dan menjelaskan hutang adalah perkara-perkara jangka panjang yang berkaitan dengan cara hidup anda dan komitmen-komitmen kewangan lain. Selalunya, anda perlu melakukan perubahan kepada cara hidup bagi mencapai keseimbangan di antara ketiga-tiga perkara tersebut dan ianya bukanlah suatu yang mudah. Akan tetapi, jika anda ingin mempunyai kedudukan kewangan yang stabil, mencari keseimbangan antara menyimpan duit dan menjelaskan hutang anda adalah kuncinya.

sumber

08 April 2012

PAMERAN KAWIN

Halluuu..Kepada semua yang nak kahwin...cepat tempah harini di pameran Kawin-Kawin di Stadium Sultan Abdul Halim Alor Setar. Hari ni last day. RUgi kalo tak grab peluang ni. Masa saya nak kawin dulu, memang la saya tak kesempatan nak pi benda-benda macam ni. KL ada lah ye. So orang Kedah, Perlis atau Penang mai la sini =)

26 March 2012

beli barang online

Sudah lama tak menulis tapi harini rasa nak menulis pasal online business. Sejak 2tahun kebelakangan ni memang saya suka shopping online, memandangkan saya berada di Kedah. Ada benda yang ada dan ada yg tiada disini =)

Itu saya tak kisah, tapi saya kisah bila barang yang dihantar kualiti macam hampeh. Tidak seperti di dalam gambar. Yang Paling kisah bila kat website cakap paling lewat brg akan sampai 3 hari waktu bekerja. Ya saya memang boleh fikir waktu pos laju tempat korang buka dan tutup hari apa. Tapi yang terbaru sampai dah nak masuk dua minggu tapi barang belum sampai. Adoi...sedangkan tengok testimoni bukan main orang shopping dengan korang. Bila SMS jawab dah hantar. Barang lain(dari company lain) yg kemudian saya order yang saya terima dulu. Ini sudah tak boleh terima dek akal saya =(

Blacklist okey =)

05 March 2012

kek Pengantin


wah wah wa..cantik sangat....
cantik!
cepat bakal-bakal pengantin tempah macam ni tau =)

29 February 2012

Nota Kurus part one

Air secukupnya, setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong
sekurang-kurangnya 1 liter (contoh: berat 50kg perlukan 2 liter air)


Sedikit tips bagaimana untuk minum air secukupnya:
(1) Minum 2 teguk setiap 10 minit dari jam 7 pagi hingga 7 malam.
*Anda akan minum 3 liter dalam tempoh tersebut!
(2) Masukkan air dalam botol-botol kecil dan kira berapa yang anda telah minum
*Jika botol besar, semangat mudah luntur
(3) Jika anda selalu minum seliter sahaja sehari atau kurang, cuba tambah
sedikit demi sedikit setiap hari (bukan sekali gus 3 liter). Tanamkan sikap
"Hari ini lebih baik dari semalam"


Kiraan pengambilan kalori

Sarapan Nasi lemak + Teh Tarik 1000 kalori
Makan Tengahari Nasi campur + Teh O Ais 1100 kalori
Makan Malam Nasi campur + Air Kosong 1100 kalori
Jumlah kalori 3200 kalori
MAKK AIII, Banyaknya saya makan selama ni..lepas kahwin saya makan nasi 3x sehari occay!! :(
patut la kaki dan slip disc sakit je memanjang sampai takleh tido.berat naik mendadak. habis duit before kahwin slimming center dan senaman bagai



*nota saya dapatkan untuk kegunaan dan info buat diri sendiri
*sumber google