SHOPPING SINI ..JOM

Love Journey

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

31 July 2010

keliru VS decision

Tajuk yang entah apa-apa. Sume pasal ring. Saya dikenali oleh kawan2 sebagai seorang yang selalu keliru dalam buat keputusan. Haritu, bukan main ring hunting dah tamat dan decision sudah dibuat, tunggu collect lepas raya...tapi itu sudah berlalu.Tadi sampai je KL terus ke tempat idaman kalbu. I found much more better dari apa yang saya booking aritu. Tak payah booking kali ini, just choose design of ring. Tomorrow collect.yeay! Alhamdulillah

29 July 2010

Checklist JULAI 2010

  • Kad untuk kawan-kawan sudah ditempah(bulan 9 collect)
  • Dais sudah dikenalpasti bentuknya(deposit paid)
  • Khemah settle booking, bentuk dan susunan
  • Videographer (paid half of it)


NOTA: Tentatif tugasan belom taip dengan cantik kerana saya sibuk bulan ini. Kerja, kehilangan dan kenduri tahlil lalu otak menjadi kosong. Kerja terpaksa juga kerana ia adalah rezeki.

Ahad ini saya akan hadiri wedding hudy-spreadmyhappiness. Tak sabar nak jumpa ex-classmate




28 July 2010

SUKA LIHAT CANTIk-CANTIK BELAKA

Saya memang suka dengan orang yang cantik di mata saya..
Suka sangat.
Dulu saya slalu imagine kalo kahwin nak pakai macam ni
Dari kecik saya dok imagine nak pakai macam ni
Ada bunga di sanggul rambut
Tapi segalanya tak kesampaian sebab saya perlu pakai tudung. =(





kak nana: pinjam gambar sebentar.tengok la rantai diamond tu dari habib jewel



Dr harlina: i adore u

27 July 2010

SIAPA ADA GAMBAR TUNANG yg COMEL???

Salam sume blogger
.
.
Saya ada sesuatu ingin diberikan
.
.
Tapi ia akan dirahsiakan sebagai kejutan
.
.
.
Penyertaan
Terbuka kepada individu yang ada blog, telah bertunang.(next time terbuka kepada categori lain pulak ye!! ) hehe
.
.
Jika anda adalah orang itu dan memiliki gambar tunang bersama encik tunang anda
.
.
.
Sila email kepada saya

aween_nodin@yahoo.com
.
.
.
Saya akan buat pemilihan untuk gambar yang mana paling comel dan gambar yang paling cantik(bukan orang yg paling cantik, OKAY!!) hehe.

harus ada add blog di atas gambar tersebut

tarikh tutup:
11/August/2010


NOTA:
  • gambar anda yang telah di emailkan kepada saya akan disimpan as PNC, kebenaran akan diminta terlebih dahulu jika saya ingin publish d blog saya.
  • kepada individu seperti Cik Yana, Nasyrah dan Hudy (penyertaan ini TERTUTUP buat anda) hehehe...


24 July 2010

Sewa Khemah di Kedah & Perlis

Saya copy paste je ni sebagai info untuk B2B yang cari khemah disini. Khemah confirm cantik.


Nama syarikat: KIFA UTARA
Perkhidmatan: MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MENYEWA CANOPY / KANOPI / KHEMAH ARABIAN UNTUK MAJLIS KENDURI PERKAHWINAN, MAJLIS MAJLIS KERAMAIAN NGO, KERAJAAN DAN SWASTA
Hubungi: 013-4091388 (PAK KU)/ 019-4064664
PERKHIDMATAN MELIPUTI SELURUH KAWASAN NEGERI KEDAH, PULAU LANGKAWI, PERLIS, PULAU PINANG.


Email: kifautara@yahoo.com

Senarai mas Kahwin Ikut negeri

Mas Kahwin Negeri² di Malaysia:

Johor: RM 22.50

Melaka: RM 40.00

Negeri Sembilan:

RM 24.00 (Bukan Waris – Dara)

RM 12.00 (Bukan Waris – Janda)

RM 48.00 (Waris – Dara)

RM 24.00 (Waris – Janda)

Selangor: RM 80.00 (Dara) , RM 40.00 (Janda)

Kuala Lumpur: RM 80.00 (Dara) , RM 40.00 (Janda)

Perak: RM 101.00

Pulau Pinang: RM 24.00

Pahang: RM 22.50

Sabah: RM 100.00 (Dara) , RM 80.00 (Janda)

Sarawak: RM 120.00

Labuan: RM 80.00

Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan : Tidak ditetapkan.


NOTA: saya jumpa di cik google tetapi kalo ada yang lebih terkini tolong update saya di comment.ok??

TQ Sayang

Dulu masa kami tiada apa-apa hubungan, then he said

"why not we fall in love? and get married??"....

Saya terkejut. Sepanjang saya mengenalinya, saya tahu macam mana dia perlu menjaga ibu dan kakak(dia tiada ayah). Bukan apa, dia baru start bekerja..setelah habis blajar tidak sampai satu tahun tetapi dia dah nak kawin. Macam-macam fikiran saya, btol ke? bole ke? sbb perkahwinan bukan belanja yang sedikit.Saya pula tidak suka bercinta(saya sudah serik). Maknanya kalo saya bagi jawapan Ya maka saya perlu kawin dengan dia.

Setelah 4bulan dari tarkh dia usulkan cadangan itu, terus dia bagitau mak dan ayah saya disusuli majlis merisik dua minggu selepas itu.

I'm not force him....tapi saya nak tengok mampu ke dia penuhi my demand. Lebih kurang kejam juga la...saya tetapkan wang hantaran, mas kahwin dan harga cincin.Kebetulan my parent memang jenis tak masuk campur bab ni. Saya tak nak dia rasa mudah sebelum kahwin. Biar dia rasa lebih tanggungjawab.

Alhamdulillah hingga ke arini.. saya memang nampak Mr.A bekerja keras untuk pastikan apa yang saya ingini dapat dia penuhi. Rezeki juga semakin murah, syukur ke hadrat Illahi. Sepanjang tempoh pertunangan kami yang usianya hanya 7bulan ni, dia terima bonus 2x.
Sume bonus dia masukkan ke account saya(dengan harapan dia takkan guna).

So saya tidak khuatir lagi sekarang(seperti mana saya khuatir dahulu). Dalam tempoh yang semakin hari semakin sikit jumlah hari untuk ke hari perkahwinan, rezeki semakin dimurahkan. AMIN YA ALLAH!!




21 July 2010

HIV test


Darah Kami


Jalan ke makmal untuk dicucuk : AUCKK!!!

tengah isi borang


HIV test done on 25/5/2010..Lama gilaa, baru nak update.Tahap sibuk untuk mengupload gambar sebab tu la baru nak update.

Lokasi: Klinik Kerajaan Mergong (Dekat gila dengan tesco)
Harga: Tak ingat
Masa: Hanya dibuka pada pukul 2tghari ke atas untuk HIV test..(kalo pegi sebelah pagi memang tidak akan dilayan =))
Sakit atau tidak: Ntah kenapa sampai kesokkan hari jari berdenyut bila makan nasi kuah kari.Mungkin kuah itu panas dan pedas =)


NOTA: HIV TEST hanya laku 6bulan untuk ke tarikh akad nikah.(tempoh)


#Hospital Bahiyah(hospitak besar) memang dah tiada HIV test

20 July 2010

info ibu mengandung

Tengah baca sume info masa p kusus kahwin, so rasa nak share sikit kepada yang dah mengandung seperti Puan ederq, Puan diah dan Puan mrs engineer. Ia adalah:

Suami perlu cuci luka isteri (selepas bersalin) 4 kali sehari selama 7 hari berturut-turut.
Isteri yg mengandung 4bln ke atas jangan tengok @ melawat orang demam campak(takut kecacatan pd anak)
Value asid folik mestila 50% @ 100% untuk mengandung (makan 3bln sebelum mengandung).boleh didapati di klinik kerajaan.
Anak perlu minum susu ibu selama 1tahun.

Kepada ister-isteri perlu lakukan:
Psp (payudara)
Pap smear
Imunisasi rubella

INFO: JABATAN KESIHATAN NEGERI KEDAH semasa saya kursus kahwin

RING


Finally sudah selesai ring hunting
.
.
.
.
Apa prasaan tika ini???
.
.
.
SAYA TAK SABAR NAK KAHWIN (GEDIX-GEDIX)

.
.
Syukur kepada Allah s.w.t...syukran, alhamdulillah di atas perjalanan ini. Semoga sentiasa dirahmati. Lepas raya baru collect dan kebetulan Kena tunggu HQ di KL hantar ke branch di Penang. Sabar-sabar.

NOTA: tunggu update tentang beberapa hal lagi. Sambung kerja. Salam

15 July 2010

Burst

Dear All...
Setelah beberapa hari saya tidak bermaya. I'm Back!!!

So saya nak cerita perkara ni...Saya tak tau nak mulakan macam mana?? cuma let's begin like this...

Susah kalo saya sebenarnya nak tanya, nak jalan-jalan, nak survey. Hak pengguna la nak pilih mana yang terbaik. Tapi kenapa nak persoal jika kamu bukanlah pilihan saya. Tolong la faham kerana saya memang tidak mahu perkhidmatan dari kamu.

Saya tidak akan dekati vendor seperi ini:

  • Hp liat nak jawab, sms pun liat nak balas.Dalam tepoh 2 hari belum tentu membalas call dari saya.
  • Saya tak suka nak deal dengan orang yang cakap TINGGIII (POYO)
  • Saya lebih selesa jika orang itu pandaibemesra seperti kami sudah lama kenal. Sebab orang itu yang akan faham apa yang saya inginkan.(it's good in terms of business)
  • Saya tak suka jika orang itu jalan satu negeri becerita kepada orang lain tentang orang lain seperti kamu datang kepada saya becerita "Anak datin tu guna langsir murah". Ada saya kisah??? Saya tak suka mulut kamu itu. At least, orang itu hire kamu untuk jahit langsir dia. Bersyukur la sikit dengan rezeki yang diberi.
NOTA: Jika kamu bukan menjadi pilihan saya atau orang lain, tidak bermakna anda tidak bagus. Cuma kadang-kadang kita perlu lihat apa sebenarnya yang boleh kita perbaiki untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kita. FAHAM??. Cuba jangan cepat melenting

12 July 2010

kehilangan untuk selamanya

Pagi 11/07/2010, sedang saya asyik tido..saya dikejutkan dengan laungan nama saya berserta keesakkan tangisan(meraung).tanpa belengah lagi, saya lari kuar bilik ...bila saya dengar mak jerit

"tok(nenek) dah takdak".

Saya berlari turun ke bilik tok, dan saya lihat dia sudah kaku. Saya tidak tahu nak gambarkan perasaan macam mana masa itu. Seluruh tubuh saya menggigil, jantung berdegup kencang.

Saya agak terkilan malam sebelum saya tidak menjenguk dia dibilik seperti selalu. Sedangkan sebelum ini ......sebelum tido mesti saya jenguk dia dibilik walapun dia semamngnya sudah tido.

Akhirnya pada umur 88tahun dia meninggalkan kami untuk selamanya.

Saya redha sebab 10tahun tok duduk atas katil. Kalo nak jalan ke mana-mana, even p KL pun hanya menggunakan wheelchair. Tok masalah kat lutut.

Saya masih tidak bermaya untuk berblog, bekerja sebab semangat saya hilang.

Saya ingin mencari seberapa ketenangan dan kekuatan kembali.

Al-Fatihah kepada Hajjah YAH.Semoga tok ditempatkan dikalangan orang yang beriman.AMIN






09 July 2010

award 2



1. Anda mesti memberi pujian kepada pemberi 'award' ini.
yahuuuu...terima kasih kepada cik nasrah a.k.a si kecil....nak kena puji ek?? dia kecik comel, cute, mweet n nice in komunikasi

2. Sila beri award kepada 10 bloggers yang lain.

Cik Yana
Leonora
elya elmo
mrs engineer
norr
Hudy
Kay Kamal
Q
Cik belle
http://merahjamboo.blogspot.com/ a.k.a Pja


3. Anda mesti beritahu kepada 10 blogger ni.
ye ke?? kalo sampai diorang tak perasan baru saya akan bgtau.kejutan la best. "wink"

4. Bagaimana anda boleh di gelar 'blog' yang 'Best and Great'?
cuba tanya si kecil... hehe...

syukur

setelah saya harungi dugaan yang datang.
saya tetap meneruskan preparation untuk saya.
Saya lupakan apa yang jadi tapi saya akan ingat kamu sampai bila-bila (awas ye??!!)

wah ganasnya bunyi itu. hehe

So berbalik kepada cerita sebenar, bagai rezeki. Lebih dari yg ada sebelum ni. Saya akan buat keputusan untuk memilih...Ada lebih dari 2 vendor plak yang datang...Rezeki kan??... Ingin diulangi..saya tidak akan memilih orang yang poyo. (aik!! tadi dah lupa, tapi masih ungkit??..sikit jew..boleh ek??) Saya Haruslah befikir dengan bijak yang mana terbaik untuk saya.

Semalam my parent dah confirm dengan cik khemah. Settle. Tunggu quotation.

Semalam juga ayah dah pergi cari imam di Pejabat Agama Kedah (since kampung saya tiada imam untuk akad nikah sebab kami kematian imam)

MAY GOD BLESS. ALHAMDULILLAH


06 July 2010

AIR MATA SAYA JATUH KERANA KAMU

Saya geram sangat.
Saya baca banyak blog lately yang cerita pasal kerenah wedding planner.
Ok ini kisah saya pula.
Saya dah lama cuba nak deal dengan seorang videographer ini. Setelah jumpa dan diorang knal saya so saya minta la dibuat quotation untuk video yang saya inginkan.
Tetapi macam terlalu lama. Saya text tapi tak dibalas then bila saya call diorang jawab tapi macam endah tak endah.
Ok fine, saya dah rasa muak sebab saya masih ingat dialog dia yang agak poyo.
Tadi saya dapat call dari designer saya dia bgtau yang si videographer tu tak mau bekerjasama dengan saya sebab ada orang cerita pasal saya or my famili BASE ON WEDDING KAKAK SAYA.
Okey, maknanya ada orang tu memang tak pernah rasa serik atas apa yang dia buat kat pengantin2 disini. Kenapa nak fitnah, kenapa nak buat cerita.?????

Salah siapa jika pelamin tak siap sedangkan waktu bersanding lagi 1 jam???
Salah siapa jika baju pengantin lelaki tak siap ?? Sedangkan terpaksa cari tailor lain dalam masa 3hari dari tarikh resepsi..
Salah Siapa jika hantaran pihak lelaki tak siap sedangkan petang itu sudah akad nikah??(belum mula buat)
Salah siapa tak sedia jurumakeup untuk kakak saya masa akad nikah seperti dalam deal??
Salah Siapa jika ada yg tidak dapat bayaran payment yang famili kami beri untuk makeup artist sampai kami terpaksa bayar kali kedua??? ada KAMI KISAH..ADA KAMI REPORT POLIS pasal ni????
Salah siapa jika mulut kamu tu yang biadab melawan ayah saya??? (tidak termasuk ayah kawan saya yg kebetulan ambil WP yg BODOH DAN BIADAB macam kamu????

Saya nak tanya, adakah ini salah SAYA DAN FAMILI....??!!! Sedangkan sume payment sudah settle tapi kerja tidak setanding dan bayaran itu tidak sampai kepada orang yang sepatutnya.

YA ALLAH YA TUHANKU, AMPUNKAN SEGALA DOSAKU TERHADAP PEREMPUAN itu.

Saya tidak pernah becerita hal buruk kamu kepada sesiapa. Tapi hari ini, kamu telah hilangkan kesabaran saya. AIR MATA SAYA MENGALIR LAJU DI OLD TOWN SEMALAM SEMASA DAPAT PANGGILAN DAri DESIGNER SAYA..BARU LAH SAYA TAHU CERITA sebenar KENAPA VIDEOGRAPER TU LIAT NAK JUMPA SAYA. SAYA DIFITNAH untuk menjatuhkan reputasi saya. AMIN

Kepada videographer itu, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada kamu kerana kamu percayakan orang lain. Kamu sudah lupa kah berapa parent saya labur utk video kamu semasa abang saya kawin dulu. ??? sedangkan masa tu 1992 memang jarang benar orang kawin dah guna video..

Saya tidak akan sekali hire kamu untuk ambil video sempena perkahwinan saya. Saya tidak INGIN..SAYA TIDAK INGIN!!!! sudahlah website pun takde tapi nak cakap besar.KAMU TIDAK LAYAK untuk saya!!!!!

DOA ORANG YANG DIFITNAH INSYAALLAH AKAN DAPAT RESTU ALLAH S.W.T

Doa saya, semoga anda, anda dan anda akan dapat petunjuk siapa yang salah dalam hal ni sebenarnya.

NOTA: Pernah ada B2B northern yang cerita pasal dia tapi terus blog kena spam

05 July 2010

4 JULAI 2010

DONE for Pre Wedding
.
.
.
.
Letih sangat sebab balik dr KL malam tu, terus demam.Keesokan hari dengan masih lagi demam
Tapi kuatkan juga semangat.
Malu teramat-amat
di Jalan Teluk Wanjah,Georgetown White Cafe, Alor Star Mall, Taman Rimba.
.
.
11.00pagi till 4.30ptg
.
.
Memory gigitan nyamuk yang banyak.Damn!!

.
.
.
Maaf, tiada secebis gambar dari kamera sendiri kerana demam maka saya terlalu alpa untuk membawa kamera dan takde mood nak guna HP.

Ukiran Inai


seperti biasa jumpa gambar ni di CIK GOOGLE


Saya minat la juga ukiran inai
Saya jenis tak kisah boleh pakai atau tak. Sebab bila saya rasa nak pakai saya pakai je macam sebelum-sebelum ini. =)
Cuma just nak spread apa yang saya terbaca.
By Dr.Mashitah
Hukum HARUS cuma corak yang dibenarkan corak bunga dan daun sahaja.
Jika corak lain, takut mirip tatu.
Jika ada hukum-hukum yang lain sila kongsi disini =)

NOTA: Jika anda yang tetiba lalu kat sini dan anda{menetap di KEDAH @ UTARA} adalah pelukis inai yang cantik,sweet,mweet, sila tinggalkan contact disini. Tak kisah email atau HP. Asalkan mudah untuk dihubungi dan Insyaallah rezeki anda akan bertambah murah. =)

02 July 2010

benci bilang cinta

Kepada sume yang singgah di blog saya.(Macam ramai je.=p)DO email or leave a message if u knoW where the place that I can find a DVD sinetron BENCI BILANG CINTA.Sejuta harapan menanti

01 July 2010

MUA di Kedah #2


Update lagi dan baru teringat.
Namanya kak@abg kak Ram.
Dulu dia make up Eja (Time Roda Impian) and jadi jurumakeUp dengan ASTRO la kiranya.If berminat sila layari blog Qis (details lagi) kat bawah ni sebab Qis pun guna khidmat dia.
Ni Num TEL Kak RAM: 017-5556589

http://itstimeforqanda.blogspot.com/2010/07/make-up-review

TUgas Pengapit

Maaf.. tadi ingat dah last entry for today. Sementara tunggu time nak bertolak ke Kl, rasanya masih sempat nak post perihal tugas bila menjadi pengapit. Boleh tak?? 1 je lagi..Boleh kan??
hehehehe
Ok cerita seterusnya.
Saya dah jadi pengapit 4-5 kali. Maybe. Hmm.. Itu termasuk dari umur 8tahun (1kali) hehe.
Harap entry ni dapat membantu sesiapa yang bakal jadi Pengapit a.k.a bridesmaid.
Tugas-tugasnya adalah:
  • sanggup mengeluarkan bajet untuk menyediakan baju yang mengikut tema yang ditetapkan oleh pihak pengantin(kalo dapat dari pengantin itu kiranya rezeki =p)

  • Berkenalan dengan ibubapa pasangan pengantin(senang kalo pengantin suruh apa-apa, kalo taktau ..then, kita boleh tanya ahli keluarga si pengantin)

  • Berkenalan la dengan pasangan pengapit anda. Sebab senang nak lakukan tugas jika saling memahami. Kalo Tidak toleransi, nanti bila kita dah kipas semasa atas pelamin tetapi si pengapit lelaki asyik senyum je tapi tak kipas2 pun pengantin.Kang, susah plak macam tu. Kalo masih single, ini la peluang nak ngurat (pesan dahulu agar pengantin cari pengapit yang sama single dengan anda). Hehehe Ini idea gila saya. Tapi logik tau!! =)

  • Pengapit perlu lebih memahami aturcara majlis berbanding pengantin(hal ini kerana, pengantin ada yang berdebar so kekadang dia akan blank setiap rancangan. So, tugas pengapit adalah untuk mengingatkan pengantin tentang apa yang akan dilakukan seterusnya dan so on)

  • Pengapit perempuan haruslah memegang tisu dan span bedak. (Kalo pengantin bepeluh hanya pedap dengan tisu bukannya sapu dan lebih elok pedap dengan sepan bedak then tisu boleh digunakan kalo pengantin tetiba mengeluarkan air mata)Pengalaman saya, saya pun ikut menangis bila tengok pengantin menangis.HUHUHU.

  • Kalo tuan rumah tidak sediakan orang untuk layan pengantin makan. Ini adalah tanggungjawab pengapit untuk melayan pengantin semasa makan.
Ini sahaja yang saya sempat ingat sekarang. Kepada blogger lain yang pernah ada pengalaman menjadi pengapit sila kongsi dan tambahkan apa yang saya telah post ini.
Selamat mencuba!!!

MUA di Kedah #1

Entry special untuk Si Kecil (bila leh awn nak tau nama sebenar ni ??) =) hehe.
Hasil siasatan untuk make up yang tidak merekah di muka dan tahan lama. Yang awn jumpa finally, adalah AMY di ButiK Syam Syai's.
Ni Num 0164156446 (Paksu)
Call Paksu ni then cakap nak make up AMY. Hehe.Siap bagitau cara cakap tu.ngeee
Butik ni takde signboard. Di Taman Puyu, Jalan Suka Menanti.
Kedai Dibuka pada pukul 12tgh dan ditutp pada hari selasa.
AMY ni make up artis Di KL. Tetapi kalo ada job kat Paksu ni, dia akan balik.
Pada yang dok jauh tu, Leh je call minta dia MMS contoh gambar ke apa ke...Leh je.Sebab sorang kawan awn keja di Sarawak, Haritu Paksu siap mms baju, mms pelamin.
If nanti ada lagi MUA lain akan di update.

Nanti saya akan update lagi tentang hal lain. Saya nak ke KL japg.
JUMPA LAGI

TuKANG HantaraN

Ada juga B2B northern yang email saya tanya kat mana nak dapatkan tempat buat hantaran yang guna fresh flower.
Dari abang, kakak then saya guna masa tunang pasti Cik Wan ni jadi pilihan. Setahu saya ada juga butik yang lain terima tempahan, tetapi yang tolong buat adalah dia juga.
Berbalikkepada Cik Wan, dulu kedai di City Point tetapi sekarang dia sudah pindah ke Jalan Seberang Perak. Saya lupa nama kedai. Tetapi selalu kena appointment dengan dia dulu before pergi.Ini Num dia 019-5166036
Dia juga adalah pakar gubahan fresh flower kat Kedah la. Majlis Vip, VVIP juga selalunya gubahan dia akan buat. Pernah ada sekali, Wedding Planner dari KL datang Kedah(maaf tak boleh nak sebut kat sini) datang untuk wedding one of anak VIP disini tetapi bahagian gubahan fresh flower si wedding planner tetap suruh Cik Wan.
Ini contoh-contoh hantaran yang dia buat.
Ni semasa Tunang Kakak, My sis memang tak nak fresh flower time ni
Ni time saya Tunang. Memang pilihan saya hanya tema kristal dan saya nak ribbon macam tu. Untuk tunang, saya tak mau fresh flower.End up, mak saya nak fresh flower juga dan antara fresh flower tu diletakkan buah anggur hitam.

NOTA, Harap sedikit info ni dapat membantu B2B yang lain.